Monday 7 April 2014

NGERI ! MAYAT LELAKI DITOREH DARI DADA KE PERUT


BUKIT MERTAJAM : 

Mayat seorang lelaki mangsa bunuh ditemui dalam keadaan mengerikan dengan kesan sembelih di leher, kelar di rusuk kanan serta perut ditoreh dari dada ke pusat menyebabkan isi perutnya terburai di kawasan rumah pam air di Jalan Permatang Nibong, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 7.40 malam itu, anggota polis yang bertugas di Balai Polis Bukit Tengah menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat berkenaan menyebabkan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan Unit Anjing Pengesan (K9) dikejarkan ke tempat kejadian.


Foto
POLIS mengangkat mayat lelaki dengan kesan leher dikelar dan perut terburai dalam kawasan sawah padi di Jalan Permatang Nibong berhampiran tanah perkuburan islam Permatang Nibong. FOTO Amir Irsyad Omar

Sumber berkata, mayat ditemui dalam keadaan telentang dan masih lengkap berpakaian serta terdapat kesan tatu bercorak naga di dadanya dan pemeriksaan mendapati tiada kesan suntikan BCG di lengan serta tiada dokumen pengenalan diri dijumpai pada mayat dipercayai warga asing itu.

"Keadaan mayat itu cukup mengerikan apabila terdapat kesan sembelih di leher, kesan kelar di rusuk kanan, perut terburai selain kesan tikaman pada telinga di sebelah kanan serta kesan hentakan objek tumpul di sebelah kanan kepala.

"Kejadian bunuh dipercayai berlaku di tempat lain sebelum mayat itu dibuang di tempat ia dijumpai berdasarkan kesan darah yang sudah kering, selain tiada kesan titisan darah di tempat kejadian dan kesan pergelutan," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. myMetro


Gambar atas sekali.....sekadar hiasan....

No comments: