Wednesday 26 February 2014

HANEZ SURAYA TIPU WARTAWAN KEKASIH DUDA ANAK DUA.... SEBENARNYA MASIH SUAMI ORANG...

#79 Kekasih Hanez Suraya Bergelar Suami Orang, Bakal Isteri Kedua? - ROTIKAYA
Semalam, Hanez Suraya memberikan kenyataan melalui Harian Metro mengatakan yang jejaka bergelar kekasihnya kini merupakan duda anak dua dan bukannya suami orang seperti didakwa sesetengah pihak sebelum ini.

#83 Kekasih Hanez Suraya Bergelar Suami Orang, Bakal Isteri Kedua? - ROTIKAYA
Namun, kami menerima beberapa e-mail dari mereka yang berkawan rapat dengan isteri kepada jejaka tersebut menafikan dakwaan Hanez Suraya tersebut selain berkata pelakon itu telah mengeluarkan kenyataan berbaur penipuan.
Sumber kami memberitahu yang jejaka bernama R itu masih bergelar suami kepada isterinya namun mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak hari raya Aidilfitri yang lalu selepas satu perselisihan faham antara mereka.
Sumber turut menyatakan yang isterinya itu kini sedang makan hati dengan Hanez Suraya selepas kenyataan yang dikeluarkan selain mendakwa R kini lebih berpihak kepada pelakon itu walaupun mereka masih suami isteri.
Sumber lain pula ada memberitahu kami yang Hanez Suraya & R bukan sahaja keluar bersama namun sudah pun keluar bercuti ke luar negara bersama sebelum ini walaupun dinafikan pelakon itu ketika ditanya oleh wartawan Melodi.
Esok Hanez Suraya akan mengadakan satu sidang media khas untuk menjawab persoalan ini dan kami berharap beliau boleh memberikan kenyataan yang telus tentang hal ini. Kita tunggu sahaja apa kata Hanez Suraya selepas ini. (rtky/m)
Tak usah lah bina mahligai atas derita orang lain... kelak mahligai itu tidak akan sampai ke mana.... byk contoh dah.....

No comments: