Friday 28 February 2014

( FOTO ) - LELAKI NEPAL MATI GANTUNG DIRI SELEPAS BERGADUH DENGAN TEMAN WANITA


GEORGETOWN - Seorang pekerja kilang warga Nepal  dijumpa tergantung berhampiran sebuah kilang di kawasan Zon Perindustian Bebas (FIZ) Fasa 4, Bayan Lepas di sini hari ini (semalam).

Mayatnya ditemui dalam keadaan tergantung oleh seorang pengawal keselamatan kira-kira jam 7.55 pagi di sebatang pokok berhampiran sebuah kilang.

Difahamkan, lelaki yang dikenali sebagai Rajim itu baru selesai tugas syif pagi di sebuah kilang di sini.

Menurut saksi, Rajim dilihat bergaduh dengan teman wanitanya yang  juga  dipercayai berasal dari Nepal sebelum mayatnya ditemui.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, sebaik menerima laporan daripada pengawal keselamatan berkenaan sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian bagi melakukan pemeriksaan.

Fah Hin berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati mayat lelaki berkenaan ditemui tergantung di sebatang pokok di tepi Jalan Lintang Bayan Lepas dengan berpakaian baju putih dan berseluar jeans hitam.

"Kita telah mengambil keterangan dari beberapa saksi dan mereka memang melihat lelaki berkenaan bergaduh dengan seorang wanita yang dipercayai teman wanitanya.

"Siasatan dan temubual beberapa orang di kawasan kejadian itu juga mengesahkan lelaki terbabit bekerja di salah sebuah kilang di sini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Fah Hin berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayatnya dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat.

No comments: