Saturday 18 January 2014

GAGAL PIKAT TEMAN WANITA SEPERTI DALAM IKLAN, LELAKI SAMAN PENGELUAR UBAT GIGI


Bila sedang leka menonton rancangan tv, tiba-tiba iklan, sebahagian dari kita akan merasa jengkel, geram dan sakit hati. Sebenarnya iklan adalah satu satu strategi paling berkesan untuk memperkenalkan produk baru kepada orang ramai. Biasanya yang menjadi tumpuan adalah iklan barangan kecantikan diri. Model iklan pula, sudah PASTI wanita-wanita jelita yang kelihatan sangat sempurna kecantikan luarannya. Dipaparkan bagaimana iklan boleh mengecewakan seorang lelaki untuk memikat wanita yang diminatinya....Nigeria : Seorang lelaki memfailkan saman terhadap sebuah syarikat pembekal ubat gigi jenama “Close-Up” apabila gagal memikat wanita seperti yang diiklankan syarikat berkenaan.
Athony Olatunfe, 26, memfailkan saman terhadap Unilever Nigeria Ltd dan meminta syarikat berkenaan membuktikan keberkesanan produk mereka melalui ujian makmal. 
Iklan ubat gigi berkenaan memaparkan wanita tertarik kepada lelaki yang menggunakan ubat gigi syarikat terbabit. 

“Tiada wanita yang mahu keluar minum dengan saya walaupun saya yakin mereka mampu menghidu nafas saya.
“Saya sering menggunakan ubat gigi berkenaan untuk memastikan wanita tertarik dengan kesegaran nafas saya seperti yang disiarkan dalam iklan syarikat itu di televisyen,” kata Anthony yang telah tujuh tahun menggunakan produk berkenaan.
Anthony turut menyerahkan semua tiub ubat giginya kepada mahkamah sebagai bukti. 

Anthony juga menuduh syarikat Unilever menipu hingga menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan.
- AFP

No comments: