Saturday 18 January 2014

AWAL ASHAARI DAN SCHA AL YAHYA BAKAL TIMANG CAHAYAMATA


Setelah hampir setahun lebih mendirikan rumahtangga, pasangan romantik Awal Ashaari dan isterinya Scha Al Yahya sering diajukan soalan mengenai cahayamata.

alt
 
Hari ini menerusi laman sosial Instagram Scha, beliau telah memuat naik gambar imbasan kandungannya.
 
"Salam Jumaat, Syukur Alhamdulillah we are happy to announce that we're expecting our first baby, InsyaAllah. Reaching my second trimester now. We feel blessed with this rezeki. Berbanyak terima kasih kepada semua yang selalu mendoakan dan semoga semuanya berjalan dengan lancar, Amin," katanya.

Semalam,memetik laporan Utusan Online, pelakon cantik itu kini sedang hamil malah sering tidak sihat sejak kebelakangan ini.
 
Pada bulan Disember tahun lalu, Scha telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahimnya.
 
Ketumbuhan yang dihadapinya bukan ditahap yang serius tetapi perlu dibuang sebelum ia membesar dan membahayakan nyawa.
 
“Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai tahap serius tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa.
 
“Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah dan tidak mahu berlengah lagi,” katanya.

No comments: