Wednesday 20 November 2013

GELABAH 'LAMBAT DATANG BULAN' BONGKAR PELAJAR 15 TAHUN BUAT SEKS 5 KALI DENGAN BOYFREIND ATAS MEJA DALAM KELAS


Seorang pelajar perempuan sebuah sekolah agama di sini berusia 15 tahun mendakwa dirogol oleh teman lelakinya di sebuah bilik darjah di sekolah tersebut pada 24 Oktober lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, suspek dikatakan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengajak mangsa untuk berjumpa di sebuah bilik darjah yang tidak digunakan.
Dalam pertemuan tersebut, teman lelakinya yang juga pelajar sekolah sama dan sebaya kemudian mengajak melakukan hubungan seks di atas meja.
Kejadian itu kemudian terbongkar dan diketahui keluarga mangsa lalu ibunya yang merupakan suri rumah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam (IPD) pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supritendan Noor Mushar Muhammad berkata, kejadian itu terbongkar selepas mangsa menghantar SMS kepada teman lelakinya menyatakan kebimbangan mungkin dia mengandung kerana tidak didatangi haid sejak hari kejadian.
“Teman lelaki mangsa yang panik dengan SMS itu kemudian telah menghantar SMS kepada tunang bapa saudara mangsa bagi meminta pandangan serta bantuan.
“Menyedari perbuatan itu serius dan tidak bermoral, wanita tersebut memberikan SMS kepada bapa saudara mangsa yang kemudian memaklumkan kepada ibu pelajar terbabit,” katanya di sini hari ini.
Noor Mushar berkata, mangsa dikatakan mengenali suspek sejak tiga tahun lalu dan mengakui telah lima kali melakukan hubungan seks bersama suspek yang kesemuanya dilakukan di tempat sama.
“Kejadian masih disiasat dan tangkapan terhadap suspek masih belum dilakukan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.  -  Utusan

No comments: