Monday 25 November 2013

ANAK SIAPAKAH BUDAK LELAKI 6 TAHUN YANG BERTINDAK BERANI INI...???

boyy

KUALA LUMPUR : Kepantasan seorang budak lelaki berusia enam tahun berfikir membolehkan dia berjaya melarikan diri daripada cengkaman penculik atas kehendaknya sendiri apabila dia bertindak berlari meluru keluar dari LRT yang dinaiki.

Menurut kanak-kanak itu, dia telah ditangkap oleh seorang lelaki yang memakai topeng ketika dia sedang bermain dengan kawan-kawannya di luar flat di Bangsar pada Ahad.
Dia telah dibawa menaiki LRT dan selepas beberapa perhentian, dia telah mengumpul keberanian dan berlari meluru keluar sebaik sahaja pintu dibuka ketika kereta api berhenti di stesen Taman Melati kira-kira pukul 4 petang.
Budak lelaki itu hanya berhenti berlari apabila melihat seorang pegawai polis bantuan.
“Saya mahu lari tetapi saya takut. Tetapi apabila saya melihat pintu terbuka dan dia sedang melihat tempat lain, saya hanya berlari keluar selaju yang mungkin,” katanya sambil menambah lelaki itu tidak mengejarnya.
Katanya, terdapat ramai orang di sekelilingnya tetapi dia tidak berani meminta bantuan kerana bimbang lelaki itu akan mengapa-apakannya.
Kanak-kanak itu kelihatan bersemangat tinggi dan berkata polis telah memberikan minuman dan mi untuk makan malam. - mStar
Teman kata : Tidak dinyatakan pula siapakah ibubapa kanak-kanak tersebut dan kenapa dia diculik..??? Apapun, tindakan berani dan nekad kanak-kanak ini memang patut dipuji...

No comments: