Monday 25 November 2013

VILLA NABILA AKAN DIROBOHKAN...???

Screenshot_2013-11-17-16-58-06-3

Kerajaan negeri akan menyemak status Villa Nabila yang didakwa “berhantu” sebelum membuat keputusan sama ada ia perlu dirobohkan.


Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau akan meminta Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menyemak status banglo tinggal yang terletak di atas bukit dan menghadap ke Selat Johor itu.

“Kita tidak boleh sesuka hati mengambil alih harta atau merobohkannya walaupun ia telah kosong selama bertahun-tahun kerana ia adalah harta persendirian,”.

Beliau berkata kerajaan negeri akan meminta MBJB untuk menyiasat sama ada pemilik gagal membayar cukai taksiran tahunan ke atas hartanah tersebut.

Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri tidak mempunyai rancangan untuk membangunkan kawasan itu walaupun lokasinya terletak di kawasan utama Danga Bay.

Beliau berkata, jika kerajaan negeri mengambil alih hartanah berkenaan, ia akan mencetuskan satu ketidakbiasaan untuk bangunan terbengkalai yang lain di negeri ini.

“Villa Nabila hanyalah sebuah banglo yang ditinggalkan dan sama ada ia menyeramkan atau tidak seperti yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu, masih belum disahkan,” kata Mohamed Khaled.

Beliau berkata banglo yang ditinggalkan itu telah wujud di situ selama bertahun-tahun, sambil menambah hanya apabila khabar angin mula tersebar di internet mengenainya, timbul minat yang mendadak terhadap rumah itu.

Pada Ahad, media sosial dipenuhi dengan khabar angin bahawa sekumpulan 23 remaja telah hilang selepas bermain di rumah itu pada Sabtu.

Walau bagaimanapun, pihak polis pada Isnin menafikan khabar angin tersebut dengan menyatakan bahawa hanya seorang budak lelaki berusia 16 tahun dilaporkan hilang.

Dia telah ditemui di rumah kawannya awal hari ini. Portal pelancongan yang berpangkalan di Amerika, Expedia baru-baru ini menyenaraikan Danga Bay sebagai antara lima tempat yang paling berhantu di Malaysia kerana lokasinya. SUMBER

No comments: