Friday 18 October 2013

TUN M RAMAL, MUKHRIZ KALAH NAIB PRESIDEN...???


Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) kelihatan tidak yakin dengan peluang anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir dalam pemilihan naib presiden Umno esok dengan mengatakan peluang Menteri Besar Kedah itu sekadar 50% kerana tidak menjadi calon pilihan Presiden, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, Mukhriz adalah calon yang ingin membawa perubahan kepada Umno tetapi malangnya terdapat pemimpin sedia ada enggan menerima perubahan itu.


"Mukhriz bertanding jawatan naib presiden ketika berumur 49 tahun dan ramai menganggap dirinya masih muda.

"Namun saya tidak melihat faktor itu kerana pemimpin terdahulu Umno telah biasa ditonjolkan dengan kepimpinan di masa usia muda antaranya Tun Abdul Razak.

"Semasa saya menjadi Perdana Menteri dahulu pun saya membariskan pemimpin muda untuk menjadi Menteri Besar, antaranya Tan Sri Isa Samad yang menjawat jawatan itu ketika usia dalam lingkungan 30an," kata Dr Mahathir dalam majlis sambutan Aidiladha di Kuala Lumpur hari ini. 
- TMI

No comments: