Friday 18 October 2013

POLIS BUKA KERTAS SIASATAN UNTUK CALON 06 NAIB PRESIDEN


Kita tentu terkejut dengan laporan ini : 
Polis mengesahkan telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat kenyataan yang dibuat bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam satu majlis pada minggu lalu telah dibuka.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa mengesahkan kes tersebut tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih di peringkat awal.

Tindakan itu susulan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana, Lai Kuen Ban membuat laporan polis ke atas calon jawatan Naib Presiden Umno itu berhubung kenyataan yang didakwa dibuat dalam satu majlis Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) pada 8 Oktober lalu.

Kenyataan itu termasuk perbandingan ekonomi di antara kaum Melayu dan Cina.

Beliau dilaporkan memberi kenyataan mengenai kasino, loteri, rumah urut dan ah long tidak dibenarkan kepada kaum Melayu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, polis telah mula merakamkan keterangan daripada penganjur majlis dan tetamu yang hadir tetapi masih belum memanggil Mohd Ali.

"Kami akan memanggilnya dengan segera. Selepas kenyataan itu direkodkan, kes ini akan dikemukakan kepada pendakwa raya untuk menentukan sama ada beliau akan didakwa," kata Azlee - seterusnya
Kita harap agar DS Ali Rustam dapat menjelaskan isu baru ini sebelum diputarbelit oleh pembangkang.

No comments: