Friday 18 October 2013

MAT SABU YAKIN CINA BANTU KEMENANGAN DUN SG. LIMAU DAN KUASAI PUTRAJAYA..!!!


ALOR SETAR - Pas perlu mempertahan kerusi Dun Sungai Limau tanpa mengira siapa calon yang diketengahkan pada pilihan raya kecil (PRK) itu.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, semua jentera parti sama ada dari Pusat mahupun negeri wajar memberi tumpuan sepenuhnya supaya kawasan itu tidak jatuh ke tangan pihak lawan.

“Jika kalah di Dun Sungai Limau, jangan mimpi nak ambil alih semula Kedah,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-34 Pas kawasan Alor Setar.

Menurutnya yang juga mesra dengan panggilan Mat Sabu, seluruh jentera termasuk sayap parti akan berkampung di Dun Sungai Limau bagi memastikan kawasan yang dianggap tradisi Pas itu kekal milik parti itu.

“Sekali dua ada bertukar tangan antara Pas dan BN tetapi Pas lebih banyak menang di kawasan itu. Selepas lima penggal Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak mempertahan kawasan itu, wajar untuk kita berjuang berhabis-habisan teruskan tradisi itu,” katanya.

Mohamad juga menyatakan keyakinan terhadap pengundi Cina di kawasan itu yang dilihat memihak kepada PR, walaupun calon diketengahkan adalah dari Pas.

“Kita perlu bersedia mental dan fizikal untuk PRK ini, kerana kita umpama berdepan dengan sebuah kerajaan. Ia bukan mudah namun kita perlu berdepan dengan cabaran dan serangan pihak lawan,” katanya.

“Jika Umno fikir begitu, sudah tentu mereka lebih tahu situasi sebenar kerana mereka ada pakar dan penyelidik. Usaha untuk mereka terus berkuasa ialah pecah belahkan PR,” .

“Sokongan orang Cina sudah tiada masalah. Kena tumpu sokongan Melayu pula, jika meningkat hingga tujuh peratus pun saya percaya kita sudah mampu tawan Putrajaya,” katanya.

Mohamad turut mengingatkan ahli supaya mencari pendekatan untuk membina semula sokongan orang Melayu terhadap PR dalam tempoh empat tahun sebelum PRU14. UN

No comments: