Wednesday 30 October 2013

INILAH DALANG GAMBAR SUPERIMPOSE..... #PRKSgLimau


Semua dah tahu mengenai PENIPUAN PAS menggunakan gambar SUPERIMPOSED digunakan sebagai kempen meraih undi untuk PRK Sg. Limau. Baca di sini... Khabarnya kem jentera PAS kecoh hari ini. Mahfuz Omar naik minyak.


Ianya berkenaan isu pertindihan gambar atau gambar superimposed yang telah didedahkan oleh SINAR HARIAN dua hari sudah. akhirnya Mahfuz Omar tahu dah siapa yang telah menyebabkan PAS malu besar kerana dibuktikan sebagai PENIPU.
Dua mahluk yang menjadi mangsa naik angin adalah FIRDAUS JAAFAR, bekas Ahli Parlimen Jerai dan salah seorang daripada penama untuk dicalonkan sebagai calon PAS di DUN Sungai Limau sebelum ini. Seorang lagi adalah ROSLIZAN ZAKARIA.
Firdaus Jaafar pada mulanya cuba menafikan penglibatannya. Malah, enggan mengaku terlibat dalam perbuatan penipuan tersebut. Namun setelah diasak, akhirnya dia terpaksa akur dan mengaku bahawa dialah dalang yang telah mengerahkan pereka grafik agar membuat gambar tipu itu. 
Kesemua yang hadir telah berjarya menunjukkan bukti bahawa Firdaus yang telah mengeluarkan arahan kepada pereka grafik untuk melakukan pertindihan gambar.
Sebelum itu, Firdaus Jaafar telah menuduh kelalaian dan kebodohan Roslizan yang menjadi penyebab. Namun sanggahan daripada Roslizan serta pembuktian menerusi arahan Firdaus Jaafar kepada pereka grafik terbabit selain penyaksian dan keterangan daripada pereka grafik itu telah mengantoikan Firdaus. 
Kesemua bahan-bahan tersebut telah dicetak oleh ADNAN SAAD di kilang cetak  AZLAN JAN diAlor Setar.
firdaus
Daripada laporan awal, Firdaus sebenarnya telah meninggalkan Markaz Induk namun untuk membersihkan nama kononnya, dia hadir juga dalam mesyuarat berkenaan. Firdaus menyangkakan akan ada 'bantuan' daripada rakan-rakannya yang lain bagi menyelamatkan dirinya. Namun akhirnya kesemua orang sepakat untuk menuding kesalahan kepadanya dan Firdaus terpaksa akur bahawa dia sebenarnya telah terbuang.
Lebih memalukan lagi ialah apabila Mahfuz Omar telah menghalaunya dari markas dengan penuh penghinaan. Manakala ahli-ahli mesyuarat yang lain turut menghinanya dan menuduh Firdaus Jaafar sengaja berbuat begitu bertujuan untuk sabotaj peluang PAS setelah dia tidak dipilih sebagai calon.
Firdaus Jaafar merupakan bekas Ahli Parlimen Jerai dan terlibat sepenuhnya dalam kes Madrasah Salihiah. Dia juga merupakan orang yang mengejek-ngejek dan menghina Ahli Jawatankuasa Bertindak Madrasah Salihiah dengan menggelarkan mereka sebagai KEBULOQ DUIT setelah AJK Bertindak Madrasah Salihiah bersetuju akhirnya untuk menerima pampasan berjumlah RM1.2 juta dari Kerajaan Negeri Kedah yang diketuai oleh PAS ketika itu. Dia juga merupakan pemimpin PAS yang naik turun mahkamah untuk menceraikan isteri kedua bagi membolehkan dia mengahwini isteri ketiga.
***USTAZ.....??? Uwekkkk.....!!!!!

No comments: