Wednesday 30 October 2013

3 JEMAAH HAJI BARU PULANG MAUT NAHAS JALANRAYA




KUANTAN : Tiga jemaah yang baru pulang menunaikan haji di Mekah maut selepas van dinaiki merempuh belakang lori membawa muatan bijih besi di Kilometer 210.2 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah ke Kuantan jam 3.40 pagi tadi.
Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kuantan. 
Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian adalah Kamarudin Ab Rahman, 43, dari Permatang Badak Maju; Zainab Awang Hassan,59, dari Kampung Seri Teruntum dan Fatimah Said, 63, dari Kampung Rozali Jalan Gambang. 

Dua lagi penumpang mengalami kecederaan termasuk pemandu van dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.
Al-Fatihah...... semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh-roh mereka...

No comments: