Thursday 5 September 2013

TAUKE RESTORAN DITEMBAK MATI

MAZLAN (kiri) melihat kesan tembakan pada kereta mangsa.

Nibong Tebal : Rantai motosikal yang rosak menyebabkan dua suspek kejadian tembak seorang pemilik restoran bertindak meninggalkan kenderaan mereka di tepi jalan sebelum melarikan diri dengan kereta, petang semalam.

Selain meninggalkan motosikal itu di tepi jalan menghala ke Kawasan Perusahaan Bukit Minyak, di sini, suspek turut meninggalkan dua topi keledar yang dipakai dan sarung pistol digunakan untuk menembak mangsa.
Difahamkan, suspek cuba membaiki sendiri rantai motosikal digunakan selepas melarikan diri kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian, tetapi gagal.
Sebelum itu, suspek disyaki menembak seorang lelaki berusia 43 tahun di Kawasan Perniagaan Taman Merak, di sini.
Dalam kejadian jam 3.15 petang itu, mangsa dikatakan baru berhenti di hadapan bangunan rumah kedai di kawasan itu kerana mahu bertemu rakannya sebelum suspek yang menunggang motosikal Honda EX5 berhenti dan melepaskan empat das tembakan dari bahagian kiri kenderaannya.

No comments: