Monday 30 January 2023

SIAPAKAH 'PEMBUNUH UPAHAN' YANG DIGUNAKAN MAHATHIR UNTUK KES 1MDB?


Bekas Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali dan isterinya telah memfailkan afidavit berasingan di mahkamah mendakwa bagaimana Gopal Sri Ram dihantar oleh Mahathir untuk bertemu Apandi pada awal tahun 2018.

Pertemuan itu diatur oleh anak angkat/rakan niaga VIncent Tan yang juga seorang peguam.

Dalam pertemuan itu, Gopal Sri Ram berkata Mahathir telah memberi tugas khas kepadanya untuk meminta Apandi Ali menangkap Najib.

Gopal berkata bahawa polis telah diatur untuk menahan Najib manakala mereka juga telah mengatur seorang majistret untuk meluluskan perintah untuk menahan reman Najib.

Apandi juga mempunyai mesej Whatsapp mengenai peristiwa tersebut antara dia dan Gopal yang dipetiknya dalam afidavitnya sebagai bukti sokongan. Beliau seterusnya berkata beliau ada rakaman CCTV di rumahnya bagi membuktikan peristiwa ini. 

Dalam jawapan balasnya, Gopal tidak pernah menafikan pertemuan ini tetapi berkata afidavit Apandi dan isteri tidak mempunyai "nilai probatif" - bermakna tidak cukup bukti.

Gopal juga adalah peguam yang dilantik oleh Mahathir untuk melawan kumpulan Tengku Razaleigh di mahkamah pada 1988 apabila Ku Li mahu mengisytiharkan cawangan UMNO tertentu sebagai haram - yang bertujuan untuk memutuskan bahawa kemenangan tipis Mahathir dalam pemilihan UMNO akan terbatal dan Ku Li akan dilantik sebagai Presiden UMNO.

Sebaliknya, Gopal berhujah bahawa jika beberapa cawangan itu dianggap haram maka UMNO seluruhnya juga adalah haram. 

Oleh itu, hakim terus mengharamkan UMNO. 

Ini membolehkan Mahathir menubuhkan “UMNO Baharu" dan mengisytiharkan dirinya sebagai presiden pengasas sambil memindahkan harta UMNO lama yang dianggap haram kepada proksi-proksi Mahathir. 

Pada masa yang sama, orang seperti Ku Li dan Musa Hitam dihalang daripada menyertai UMNO baharu.

Sudah pasti kita tertanya, apa punya jenis peguam yang akan meminta hakim mengisytiharkan pihak yang diwakilinya sendiri sebagai entiti haram dan mengharamkannya? 

Sebagai habuan menjadi pembunuh upahan yang mematikan UMNO lama, enam tahun kemudian pada tahun 1994, Mahathir telah melantik Gopal Sri Ram terus sebagai Hakim Mahkamah Rayuan! Dia menjadi satu-satunya peguam swasta dalam sejarah Malaysia yang dilantik terus menjadi Hakim Mahkamah Rayuan tanpa perlu menjadi Pesuruhjaya Kehakiman atau Hakim Mahkamah Tinggi! Tiada track record hakim, tetapi direct naik jadi Hakim Kanan. 

‘Pembunuh upahan’ yang sama juga digunakan oleh Mahathir untuk mengenakan DSN dalam kes 1MDB dan kes DS Rosmah. 

Kerana Gopal Sri Ram lah, Malaysia "dikurniakan” dengan 22 tahun rejim pemerintahan kuku besi Mahathir sebagai PM sedangkan ia sepatutnya berakhir setelah 6 tahun.

Gopal bukanlah seorang yang baik dan saya tidak bersedih atas kematiannya.

Terjemahan dari nukilan Lim Sian See. 

Rujukan : twentytwo13

No comments: