Thursday 5 September 2013

BUANG BAYI : PELAJAR UITM DAN TEMAN LELAKI BERJAYA DIKESAN


Suspek dan teman lelaki yang terlibat dalamkes buang bayi berjaya dikesan.

Polis Terengganu berjaya mengesan suspek utama yang terlibat kes pembuangan mayat bayi yang ditemui di dalam loji kumbahan di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini Khamis lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K Manoharan berkata, hasil pemeriksaan di asrama milik seorang pelajar perempuan awal pagi Selasa pihak universiti menemui kesan darah dan tidak menolak kemungkinan ia milik pelajar berkenaan.

“Pelajar yang berusia 19 tahun itu kini dihantar ke Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut, kita juga sedang melihat aspek kesihatan, psikologi dan sampel darah pelajar berkenaan.
“Pelajar yang berasal dari Selangor itu masih menerima rawatan dan pihaknya akan menahan pelajar terbabit sebaik rawatan selesai,” katanya kepada pemberita di sini.
Manoharan berkata pihaknya juga telah mengenal pasti teman lelaki pelajar terbabit yang berusia 20 tahun juga berasal dari Selangor.  -Bernama

No comments: