Thursday 5 September 2013

IMEJ KUZA BERHIJAB

Kuza Ubah Imej, Tampil Berhijab

CANTIKNYA....

Aktress berusia 40 tahun ini mengakui sudah bertudung sejak bulan Ramadan lalu dan penghijrahan dirinya kerana merasakan sudah sampai masanya untuk dia melaksanakan tuntutan agama.

“Saya mula berhijab ketika masuk bulan Ramadan yang lepas. Niat saya tiada lain hanya kerana Allah SWT kerana bagi saya, sudah sampai masanya dan saya telah bersedia dan InsyaAllah saya akan kekal dengan imej begini,” katanya di portal Murai.
Dalam pada itu, Kuza turut meminta agar pihak diluar sana tidak mempertikaikan penghijrahannya itu kerana mengikut trend pada masa ini.
Kami doakan agar penghijrahan Kuza akan berkekalan dan dipermudahkan segala urusannya.

No comments: