Wednesday 4 September 2013

KERAJAAN PERAK AKAN TURUNKAN CUKAI TAHUNAN SUWA DAN SJKT


Kerajaan Perak telah bersetuju untuk menurunkan kadar cukai tahunan ke atas tanah milik SUWA dan SJKT.


Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata nilai cukai tahunan untuk kedua-dua institusi pendidikan itu akan diturunkan daripada RM 65 sehektar kepada RM 10 sehektar... 

"Seperti yang saya janjikan dalam sidang dewan yang lalu, kerajaan negeri bersetuju untuk kita turunkan kadar itu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Bangunan SUK.

Dalam perkembangan yanv sama menurut Zambry lagi, kerajaan negeri juga telah bersetuju untuk membuat pertimbangan kepada kedudukan tanah yang telah diberikan bagi tujuan pembangunan pertanian untuk sekolah SUWA, SJKT, dan Sekolah Agama.

Beliau menambah, kerajaan negeri telah bersetuju untuk menggazetkan tanah itu sebagai zon pertanian.

"Jadi kita gazetkan tanah ini bagi memastikan supaya tidak berlaku sebarang transaksi yang boleh menggadaikan tanah yang kita berikan kepada SUWA dan SJKT.

"Oleh yang demikian kerajaan negeri telah bersetuju untuk mengazetkan tanah itu sebagai zon pertanian," katanya.

Terdahulu, pada Persidangan Dun yang lalu, Adun Chenderiang, Datuk Dr Mah Hang Soon telah mengemukakan cadangan supaya cukai berkenaan diturunkan bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung sekolah-sekolah berkenaan.

Pada sesi yang sama, Adun Kepayang, Nga Kor Ming turut mencadangkan supaya mewartakan tapak tanah untuk SUWA, SJKT dan SAR.

Kedua-dua cadangan itu dilihat mempunyai elemen-elemen positif dalam usaha membantu SUWA, SJKT dan Sekolah Agama.

No comments: