Saturday 17 August 2013

TENTERA KEPUNG MASJID DI KAHERAH


KAHERAH : Pasukan polis dan tentera Mesir hari ini bertindak mengepung sebuah masjid yang menjadi lokasi perlindungan penyokong bekas presiden negara itu, Mohamed Morsi.


Pasukan keselamatan Mesir kepung masjid

Masjid berhampiran Dataran Ramses di Kaherah itu dikepung sejak awal pagi tadi.

Jurucakap tentera, Kolonel Mohammed Ali dalam kenyataan melalui laman Facebook mendakwa terdapat kumpulan bersenjata masih berselindung di dalam masjid itu.

Sementara aktivis pro demokrasi pula mendakwa masjid berkenaan dijadikan pusat berlindung serta merawat mangsa kekejaman tentera.

Pertempuran semalam sahaja menyaksikan sekurang-kurangnya 82 orang maut termasuk 10 anggota polis.

Jumlah mangsa maut dalam konflik berdarah Mesir kini mencecah lebih 600 nyawa sejak operasi mengekang demontrasi dilancarkan pihak berkuasa Mesir. -  Astro Awani

Lihat video... di sini

No comments: