Saturday 17 August 2013

KEANGKUHAN NAZRI AZIZ....


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata anak lelakinya, Muhammad Nedim, bertugas dengan beliau untuk berkhidmat kepada golongan muda di kawasan Parlimen Padang Rengas di Perak.




Beliau juga berkata anaknya tidak dibayar gaji oleh kerajaan meskipun disenarai sebagai pegawai khas di bawah kementerian berkenaan.

"Beliau (Muhammad Nedim) melakukan beberapa tugas khas untuk saya dan boleh juga digelar sebagai pegawai khas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan the Red Carpet, muzium lilin interaktif pertama Malaysia di Seksyen 7 i-City di sini.

Mohamed Nazri berkata demikian ketika ditanya berkaitan status anaknya di bawah kementerian yang diterajui beliau.

Muhammad Nedim diminta menganjurkan program bagi membolehkan Mohamed Nazri berinteraksi dengan golongan belia di kawasan Parlimen Padang Rengas kerana beliau tidak memiliki akaun Facebook dan Twitter.

"Anak saya bukan ahli politik dan beliau tidak terlibat dalam sebarang urusan di kementerian saya. Saya meminta beliau melakukan tugasan untuk saya di kawasan Parlimen saya," katanya.

Mohamed Nazri berkata beliau berupaya meraih 6,000 undi daripada pengundi muda yang pertama kali membuang undi dan memperoleh majoriti lebih besar pada pilihan raya umum lepas kerana mampu berinteraksi dengan golongan muda menerusi program yang dianjur anaknya itu.

Malah, katanya, Muhammad Nedim sudah bekerja dengan beliau sejak pilihan raya umum pada 2008.- Bernama
"And of course he doesn't have to be paid, he has a lot of money, his father is rich"
"I don't care what people think. I don't care what bloggers, netizens, journalists write about me."" I don't please anybody but myself."

No comments: