Saturday 17 August 2013

EDISI LAWAK MAT MOTOR



Setelah dijalankan kajian oleh Jabatan Pemandu Motorsikal Kementerian Jalan Raya Malaysia, didapati setiap pemandu motorsikal boleh dikelaskan kepada beberapa jenis kategori/spesis. Maklumat ini amatlah berguna untuk kegunaan pihak Hospital, Insurans nyawa dan kenderaan, tokey kedai motorsikal Tan Cheng Lock dan untuk Tok Adi si Penggali Kubur. Berikut adalah jenis2 kategori mat motorsikal yg berjaya dikenalpasti :






1) Mat Motor Tiada Harapan - Ini adalah golongan mat2 rempit yg tiada wawasan, taik ganja, arak, judi, ketum ais berkarbonat, lumba kuda longkang, master of wheekang and wheelie





2) Mat Motor Kenduri - Hanya akan join ride yg melibatkan sebarang bentuk kenduri, akikah, kenduri khatan, kahwin, tahlil, kenduri masuk rumah, dan sebagainya. Kebanyakannya pemilik motor besar di mana di hari lainnya lebih selesa membiarkan motor di bawah selimut dan nak sep minyak.




3) Mat Motor Meleper - Golongan ini adalah golongan separa sengkek yang gemar menjadikan jalan-jalan Cameron Highlands, Bukit Putus, Sungai Koyan, banjaran Alps sebagai tempat mengasah skill meleper masing2 yang biasanya berakhir dengan kegembiraan sehingga ke liang lahad.




4) Mat Motor Pelesit - Mereka merupakan golongan suka membesit di hiway dan jalan2 raya. Jika berjumpa sesama mereka semua yg dibincangkan adalah berkaitan top speed. Malahan jika sudah berkeluarga sekalipun, soalan yg sering ditanyakan bila membeli baby stroller "Berapa laju benda ni boleh pergi??"





5) Mat Motor Taik Siam - Biasanya sindrom ini menyerang para penunggang motor yang tinggal berdekatan dengan Thailand. Biasanya alasan yang sering diberikan kepada orang rumah utk ke seberang adalah "Eh abang nak pegi imarahkan masjid sebelah sana. Kesian org Islam kat sana kena tindas" sambil buat muka cebik retak seribu.





6) Mat Motor Modi (Kosmetik) - Ini adalah golongan yang agak ramai di Malaysia. Golongan ini sanggup menghabiskan puluhan malah jutaan ringgit utk memake up motor masing. Kadang2 ada yg mengecat tukar kaler motor seminggu sekali. Diharap Hotwheels dapat ambil perhatian dan boleh mencipta motor yg boleh dimasukkan ke dalam peti ais utk menukar kaler.






7) Mat Motor Modi (Performance) - Ini adalah golongan yg agak teknikal. Segala perbualan berkisar dengan performance utk motor masing2. Korek blok, korek ekzos, korek signal light dan sebagainya. Biasanya matlamat utama golongan ini adalah menjadikan motor masing2 paling power di alam semesta.





 Mat Motor Kemut Taik - Ini ramai yang berjaya dikenalpasti. Golongan ini suka bersembang deras cerita harta masing2 macam lah kaya sangat. Pastu datang TTS biasanya akan bawak motor superbike/big bike yg sebulan sekali keluar kelambu. Tetapi biasanya masa time utk membayar lepas ngeteh, mereka akan hulurkan seringgit walaupun telah menutuh 3 pinggan mee mamak, 2 mangkuk besar ABC dan 3 gelas 3 layer tea.





9) Mat Motor Kencing Keras - Golongan ini suka mengencing orang dengan cerita yg tak masuk akal malangnya ada jugak yg masih percaya. Contohnya mereka akan kencing motor C70 mereka setelah modi punyalah laju hingga boleh saing dengan GTR1400 di hiway. Ataupun mengencing kawan2 kata dah pusing satu Malaysia padahal pegi paling jauh pun Cameron Highlands.





10) Mat Motor Kena Tambat Kaki - Ini golongan yang paling kesian. Biasanya melanda kepada mereka yg telah berumahtangga. Sebelum berkahwin mereka selalu sembang deras ride mana pun boleh diikut. Tetapi selepas berkahwin, nak mengeteh pun perlukan visa yg hanya boleh diapprove oleh isteri setelah dirasuah set korset sendayu tinggi.



No comments: