Saturday 10 August 2013

PAK LAH BUKAN PENULIS AWAKENING, HANYA DIWAWANCARA.....

Nik Nazmi Nik Ahmad Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad

Nik Nazmi: Awakening bukan tulisan Pak Lah

SHAH ALAM – Buku Awakening, The Abdullah Years in Malaysia bukan hasil tulisan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebaliknya, koleksi artikel penulis berlainan latar belakang termasuk pemimpin pembangkang.


Perkara itu disahkan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut menyumbangkan artikel di dalam buku tersebut.

Nik Nazmi yang juga Pengarah Komunikasi PKR berkata, buku yang disunting editor Bridget Welsh dan James UH Chin itu merupakan himpunan pandangan pelbagai pihak mengenai era pemerintahan Abdullah.

“Tema umum buku itu ialah penilaian umum dan pandangan masyarakat sepanjang pentadbiran Abdullah. Kedua-dua editor ada menemubual sendiri beliau.

“Selain itu, buku tersebut turut memuatkan artikel daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin BN dan pembangkang, ahli akademik dan sarjana,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Portal AntaraPos melaporkan artikel dalam buku tersebut turut disumbangkan pemimpin Umno seperti bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan bekas Bendahari Umno, Datuk Azim Zabidi.

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pula menulis pra-kata buku itu.

Manakala, pemimpin pembangkang pula terdiri daripada Nik Nazmi sendiri, Liew Chin Tong dan Farish Noor.

Bagi sesetengah pihak yang telah membaca sebahagian buku berkenaan mendapati ia lebih kerap membidas Abdullah daripada menceritakan keadaan yang sebenarnya.

Antaranya, Abdullah dilaporkan berkata Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seorang pemimpin yang penuh kontradiksi dan sekiranya hasrat bekas perdana menteri itu dituruti, Malaysia hari ini sudah muflis.

Ia juga menceritakan bahawa Abdullah meminta bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu supaya bersara setahun sebelum PRU 2008.

Turut dimuatkan adalah kenyataan Abdullah yang berkata tidak salah memperjuangkan satu-satu kaum di negara ini tetapi perjuangan itu tidak seharusnya seperti yang dilakukan oleh Perkasa.

Bagaimanapun, Tun Mahathir ketika ditemui media baru-baru ini tidak mahu mengulas mengenai dakwaan dalam buku tersebut kerana belum membacanya lagi.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang juga menantu kepada bekas perdana menteri itu juga enggan mengulas lanjut kandungan buku tersebut kerana belum meneliti kandungannya.

Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata, tulisan beliau dalam buku itu lebih memfokuskan kepada kegagalan Abdullah sebagai pemimpin terutamanya selepas PRU 2008.

“Saya melihat Pak Lah mempunyai banyak peluang untuk membuat perubahan. Tetapi beliau gagal menunjukkan kepimpinannya dan mensia-siakan mandat besar diberi rakyat.

“Sebagai penulis, terpulang kepada saya untuk melahirkan pandangan. Begitu juga terserah kepada pembaca untuk menilainya,” katanya.


APA KATA EXCO PEMUDA UMNO......





Asmah Karamin Askara's photo.


SHAH ALAM –  Exco Pemuda Umno, Lokman Noor Adam (gambar) menegaskan buku Awakening, The Abdullah Years in Malaysia bukan tulisan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) sebaliknya ia hanyalah hasil tulisan dua ahli akademik, Bridget Welsh dan James UH Chin dalam satu temu bual.

Lokman turut mendedahkan, penyebaran mesej berantai yang mengaitkan Pak Lah menjemput Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar melancarkan buku tersebut adalah tidak benar.

"Jemputan itu datangnya daripada penerbit dan pemilik buku terbabit yang terkenal dengan penulisan yang lebih condong untuk memburuk-burukkan kerajaan di bawah pimpinan Umno-BN.

"Malah buku tersebut bukan buku yang ditulis Pak Lah sebaliknya ia ditulis oleh ahli akademik dan Pak Lah hanya ditemubual dan menjawab soalan ahli akademik tersebut.

“Memang Pak Lah subjek penulisan buku tersebut, tetapi ianya bukan buku terbitan Pak Lah

“Justeru yang menjemput Nurul Izzah bukanlah Pak Lah tapi penerbit,” katanya yang dipetik daripada kenyataan ringkas beliau, hari ini.

Sementara itu, status buku kontroversi terbabit turut disahkan oleh Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad semalam sebagai bukan tulisan Pak Lah sebaliknya ia adalah koleksi artikel penulis berlainan latar belakang termasuk pemimpin pembangkang.

Nik Nazmi yang juga merupakan salah seorang penyumbang artikel di dalam buku tersebut berkata, buku yang disunting editor Bridget Welsh dan James UH Chin itu merupakan himpunan pandangan pelbagai pihak mengenai era pemerintahan Abdullah.

“Tema umum buku itu ialah penilaian umum dan pandangan masyarakat sepanjang pentadbiran Abdullah. Kedua-dua editor ada menemu bual sendiri beliau.

“Selain itu, buku tersebut turut memuatkan artikel daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin BN dan pembangkang, ahli akademik dan sarjana,” katanya. Nizam Zain - SH


No comments: