Saturday 10 August 2013

MALAYSIA VS BARCELONA : PEMINAT TERTIPU MESSI TIDAK DITURUNKAN...???

LIONEL Messi, duduk di bangku simpanan akibat kecederaan ringan tidak dapat beraksi ketika perlawanan persahabatan pertemuan FC Barcelona menentang Malaysia XI sempena Barcelona Jelajah Asia 2013 di Stadium Shah Alam. FOTO Hasriyasyah Sabudin - Harian Metro

Perlawanan persahabatan antara Malaysia yang diwakili team Harimau Malaya menentang kelab bolasepak Barcelona telah pun tamat sebentar tadi. Keputusan, seperti yang dijangka, Malaysia tewas dengan jaringan 3 - 1.

Rata-rata di status facebook, ramai peminat Lionel Messi (sama ada yang menonton secara live di kaca tv ataupun yang menghabiskan ratusan RM utk membeli tiket) kecewa kerana pemain hebat tersebut tidak beraksi. Difahamkan, Messi mengalami kecederaan ringan..... tetapi tidak dimaklumkan lebih awal pemain itu tidak akan diturunkan.....


Gol tunggal Malaysia dijaringkan oleh Mohd Amri Yahyah...gol dari jarak jauh dengan tendangan yang cantik....

Perlawanan ini juga menjadi kemarahan sebilangan besar penonton apabila penganjur bertindak menukarkan lokasi perlawanan dari Stadium Nasional, Bukit Jalil ke Stadium Shah Alam tanpa memberi notis awal. 


Keputusan untuk menggunakan Stadium Shah Alam berbanding lokasi asal iaitu di Stadium Nasional Bukit Jalil hanya dibuat lewat malam kelmarin, sekali gus mengakibatkan maklumat itu tidak sampai kepada para peminat.
Tinjauan Kosmo! Ahad di Stadium Nasional Bukit Jalil mendapati masih terdapat ratusan penyokong yang berpusu-pusu memasuki pekarangan stadium secara berperingkat seawal pukul 9 pagi kerana tidak mengetahui perkara tersebut.
Kekecewaan jelas dilihat pada raut wajah masing-masing sejurus melihat beberapa keping kertas di pintu masuk stadium yang tertera mesej memberitahu penukaran venue perlawanan antara pasukan Harimau Malaya dan Barcelona.
Bukan itu sahaja, wakil penganjur perlawanan itu iaitu BSC Soccer (M) Sdn. Bhd. juga tidak kelihatan di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menerangkan kepada orang ramai tentang perkara tersebut.
Rata-rata peminat berpendapat, perkara itu tidak seharusnya berlaku terutamanya pada hari perlawanan dijadualkan berlangsung.
Ahmad Afendy Mansor, 25, berkata, dia dan rakan-rakannya dari Batang Kali, Selangor hanya mengetahui perkara tersebut sejurus sampai ke stadium pada pukul 2 petang.
“Memang benar kita hidup pada zaman teknologi canggih, namun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan penganjur kena juga fikir ada kalanya tidak semua maklumat akan sampai kepada orang ramai dalam tempoh yang singkat,” katanya.
Seorang lagi pengunjung, Mohd. Dzulfitri Mohd. Azmi, 22, pula berpendapat, pihak penganjur patut mengemukakan permintaan maaf secara terbuka kepada orang ramai kerana telah menyusahkan mereka ekoran keputusan tersebut.
Dalam pada itu, seorang peniaga, Mohd. Azhar Musa, 37, berkata, dia menanggung kerugian kira-kira RM3,000 ekoran penukaran lokasi perlawanan tersebut.
Sementara itu, Perbadanan Nasional Malaysia mengesahkan semalam bahawa kualiti padang Stadium Nasional, Bukit Jalil telah mendapat pengesahan daripada Jawatankuasa Teknikal Penganjur.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Ahmad Halmi Harun berkata, padang tersebut telah dibaiki sejak dua bulan lalu selepas mendapat teguran jawatankuasa tersebut.
Menurutnya, jawatankuasa tersebut telah menegur keadaan padang yang pada ketika itu tidak sekata dan tindakan telah diambil bagi meratakan permukaan padang tersebut.
“Seminggu sebelum perlawanan ini berlangsung, jawatankuasa tersebut juga telah mengesahkan padang itu boleh digunakan.
“Oleh itu, kami agak sedih apabila secara tiba-tiba Barcelona membuat keputusan yang sebaliknya,” katanya.
Jelasnya, sebelum ini, Barcelona ada mengadakan latihan di Stadium Shah Alam dan mungkin selepas itu mereka membuat perbandingan keadaan padang di kedua-dua stadium tersebut.

No comments: