Saturday 10 August 2013

2 BERANAK DITEMUI KEMBALI SELEPAS 40 TAHUN HILANGKAN DIRI DALAM HUTAN


Seorang ayah bersama anak lelakinya, dijumpai hidup di tengah hutan Vietnam selepas empat dekad dinyatakan hilang dalam Perang Vietnam. Ho VanThanh dan putranya Ho Van Lang rupanya meninggalkan desa 40 tahun lalu setelah sebuah bom membunuh tiga anggota keluarga mereka.

Foto


Mereka ditemui penduduk tempatan yang sedang mencari kayu bakar di hutan tebal di daerah Tay Tra di Wilayah Quang Ngai pada Rabu lalu (7/8/2013). Pihak berkuasa menegaskan bahawa kedua-dua orang itu adalah HoThanh (82 tahun) dan Ho Lang (41 tahun).

Ayah kepada 3 orang anak itu, dulunya menjalani kehidupan normal bersama keluarganya di dusun Tra Kem pada waktu Perang Vietnam yang melibatkan Amerika Syarikat. Namun, suatu hari isteri dan dua anaknya terbunuh akibat letupan bom. Hal itu membuat Ho Thanh sangat sedih dan kecewa. Dia kemudian membawa anak lelakinya yang ketika itu berusia dua tahun dan melarikan diri ke tengah hutan. Setelah itu mereka tidak pernah melakukan hubungan dengan dunia luar.

Mereka hidup dengan memakan buah-buahan, ubi kayu dari hutan, dan menanam jagung. Keduanya mengenakan cawat yang diperbuat daripada kulit pokok, dan tinggal di sebuah pondok kayu yang dibina lima meter di atas tanah.

Ketika warga tempatan dari jarak jauh melihat dua "orang hutan" itu berlaku tidak normal, mereka memberitahu pihak berkuasa tempatan. Para pegawai membentuk pasukan untuk mengesan mereka, dan mencari mereka pada Rabu lalu selepas pencarian selama lima jam.

Sang ayah boleh bercakap sedikit bahasa Kor, bahasa suku minoriti setempat, tetapi anaknya hanya dapat mengucapkan beberapa patah perkataan sahaja. Kedua mereka  itu kini sedang menjalani medical check-up sebagai langkah pertama untuk disatukan kembali ke dalam masyarakat.

No comments: