Wednesday 31 July 2013

(VIDEO) : INSPEKTOR S.HARE KRISHNAN DITUDUH MEMBUNUH TAHANAN N.DHAMENDRAN



Di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, seorang pegawai polis didakwa atas tuduhan membunuh tahanan dalam lokap, N.Dhamendran, 21 Mei lalu.
Tertuduh, Inspektor S. Hare Krishnan menyerah diri semalam selepas diburu sejak 15 Jun lalu.

Tertuduh adalah individu keempat yang dituduh membunuh Dhamendran.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Inspektor Hare Krishnan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama.
Timbalan Pendakwa Raya, S.Nithia kemudian memaklumkan bahawa pihaknya masih belum menerima laporan penuh hasil bedah siasat.
2 Ogos depan ditetapkan majistret Nur Aminahtul Mardiah Md Nor untuk sebutan kes bersama tiga tertuduh lain.
Sementara itu.... Polis menafikan bahawa pegawai penyiasat Inspektor S.Hare Krishnan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menyebabkan kematian tahanan, N.Dharmendran dalam lokap pada Selasa tidak mengetahui bahawa dirinya dikehendaki untuk membantu siasatan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Hare Krishnan adalah seorang anggota polis dan selepas kejadian tersebut, beliau seharusnya kembali bertugas namun Hare Krishnan bertindak menghilangkan diri dan gagal melapor diri untuk bertugas.

“Beliau telah pun menyerah dan dihadapkan ke mahkamah untuk direman jadi kita akan siasatannya nanti. Jika benar beliau tidak melakukan kesalahan itu, kebenaran akan muncul jua,” kata Khalid.

Menurut Khalid, pada mulanya pihaknya telah meminta Hare Krishnan untuk tampil ke hadapan membantu siasatan dan apabila beliau gagal berbuat demikian, maka gambar identitinya terpaksa diedarkan kepada media.

“Apabila beliau (Hare Krishnan) gagal tampil ke hadapan, kita terpaksa mengedarkan gambarnya kepada media dengan mengharapkan bantuan orang ramai dapat menemuinya dan nampaknya barulah beliau tampil,” kata Khalid.

No comments: