Wednesday 31 July 2013

MENJEJAK DAN MEMBONGKAR PENGUNDI HANTU PRU 13


Pilihanraya Umum Ke-13 telah berakhir. Namun, ibarat rumah sudah siap pahat masih berbunyi.. Pihak yang tidak berjaya UBAH Kerajaan Malaysia cuba membuat pelbagai onar untuk menafikan kemenangan Pasukan Barisan 1 Malaysia...


Pemimpin pembangkang cuba menimbulkan huru-hara dengan menyarankan para penyokongnya untuk menangkap pengundi yang rasa-rasa mereka mencurigakan di tempat membuang undi tempohari. Ayat yang mereka gunakan adalah "Citizen's Arrest".

Daripada arahan yang diberikan, definisi mencurigakan adalah berdasarkan rupa wajah pengundi yang hadir dilihat seakan-akan warga asing. Arahan ini dilaksanakan oleh penyokong hanya berdasarkan rupa wajah seseorang. 

Bertambah tegang bila mana pengundi yang mereka tangkap berlandaskan "Citizen's Arrest" itu terbukti pula sebagai seorang rakyat Malaysia yang sah dan maklumat pengundi SPR jelas melayakkan dirinya untuk mengundi. 

Rakyat menghormati kedaulatan undang-undang yang sudah termaktub di negara ini, maka alasan "Citizen's Arrest" tidak diterima oleh umum. Di bawah perenggan 3(1)(n) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954:
Mana-mana orang yang menghalang seseorang pengundi yang selainnya berhak untuk mengundi daripada mengundi dalam sesuatu pilihan raya merupakan satu kesalahan.

Mereka yang melanggar akta ini boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya. Orang yang telah disabitkan itu tidak boleh didaftarkan atau disenaraikan sebagai pengundi dalam mana-mana pilihan raya sehingga tamat tempoh lima tahun dari tarikh sabit kesalahan.

Jika pada tarikh itu seseorang itu telah pun dipilih dalam mana-mana pilhan raya, kerusinya hendaklah dikosongkan dari tarikh sabitan.

Bak kata Siddharta Gauthama : " Three things cannot be long hidden : the sun, the moon, and the TRUTH.."

MMI cuba membongkar KEBENARAN sebenar disebalik dakwaan wujud Pengundi Hantu, sekaligus memBERSIHkan nama/imej individu yang tidak bersalah daripada terus menjadi mangsa fitnah terdesak pihak pembangkang.

1. CHUA, THE BLACK CHINDIAN


Chua Lai Fatt  merupakan rakyat Malaysia yang lahir dari perkahwinan campuran iaitu bapa berketurunan India manakala ibu berketurunan Cina menjadi mangsa fitnah puak pembangkang. 

Kesian Chua..Disebabkan warna kulit tidak 'sekata' dengan nama, beliau dituduh sebagai Pengundi Hantu yang memiliki kad pengenalan PALSU. Namun, ramai rakan-rakan yang mengenali Chua mempertahankan hak beliau sebagai pengundi yang SAH!!


Kata kenalan yang mengenali Chua :

Raymond Koh - "...he is one of my secondary school mate...chinese indian mixed la..
EricBear Lee - "...This is real name of him. He is adopted by chinese family. I know this guy at secondary school..."
Ethan N Lawrence Lee - "...I hate this kind of skin racist!!!He is born as indian but adopted by chinese family!!!He can speak Hokkien better than u or me!!!..."

#Kes Pertama Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 

2. KESIAN SIVA


Seorang warganegara Malaysia yang juga seorang pengurus di sebuah syarikat, dikenali sebagai Siva, berbangsa India oleh rakan-rakan beliau dalam facebook TERPAKSA memperbetulkan FITNAH yang dilakukan oleh MACAI-MACAI PEMBANGKANG.

Golongan ini selalu melaungkan pihak lawan sebagai perkauman, rasis dan tidak adil. Namun apabila tiba hari pengundian, adilkah pihak-pihak yang kononnya perjuangkan KEADILAN menuduh rakyat Malaysia sebagai PENGUNDI HANTU??


Kata kenalan yang mengenali Siva :

Vatsn Shri - "Mereka adalah warga Malaysia dan mereka adalah abang saudara saya..."
Deena Darshini - "hoi mereka berdua ini abang ipar saya ok...mereka ini orang malaysia.... "

#Kes Kedua Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 

3. OKU MANGSA FITNAH !

PRU13 mencatatkan sejarah baru apabila Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 30an turut menjadi mangsa fitnah pihak rakus inginkan kemenangan. Mereka menuduh mangsa sebagai Pengundi Hantu dan beliau ditahan sekumpulan lelaki selepas mengundi di SMK Sri Pantai, Pantai Dalam.

Pembangkang kali ini cuba berlagak hero kononnya sebagai PEMANTAU PILIHANRAYA sewenang-wenangnya menahan  orang yang mereka SYAK sebagai BANGLA..

Kad pengenalan milik mangsa turut dirampas selain mangsa dipaksa menjawab segala pertanyaan yang diajukan bertujuan untuk memastikan tahap kefasihannya berbahasa Melayu dan kepastian sama ada mangsa bertaraf warganegara atau sebaliknya.
   
Tetapi disebabkan kekurangannya yang bisu, dia telah dituduh sebagai Pengundi Hantu. Oleh kerana bimbangkan keselamatannya, satu laporan polis telah dibuat di balai berhampiran sejurus selepas kejadian itu.


Kata kenalan yang mengenali mangsa tersebut :

Zulhilmi - "...bdak ni duduk kt umah aku..Siasat betul then baru post...Budak ni selalu jd sukarela lps solat jumaat kat masjid medan bg surat kabar kerajaan selangor..Geng kita ni oi."
Little Nazz - "nie OKU edar risalah PR kat Taman Medan ler.."
Amir May - "bdk taman medan ni la bkn bangla.."

#Kes Ketiga Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 

Nampakkan ?? MMI bagi 3 kes dulu nantikan pendedahan seterusnya part 2 akan menyusul. Lagi 6 kes fitnah puak pembangkang berkenaan pengundi bangla atau hantu ni yang akan kita dedahkan.

Apa pun yang pembangkang lakukan mereka sebenarnya GAGAL untuk mengemukakan BUKTI sebaliknya hanya FITNAH semata-mata !!


MMI 

No comments: