Wednesday 31 July 2013

MALAYSIAKINI SEMARAKKAN API PERKAUMAN....???

Isu Pengetua SMK Alam Megah Suruh Pelajar Balik India, China....


Ada kes baru Pengetua ucap kenyataan berbaur perkauman pulak ke ? 

Saya bukan nak cerita tentang kes yang didakwa berlaku itu tapi saya cuma mahu beri perhatian kepada cara Malaysiakini melaporkan kes itu.

Kenapa Mkini hanya menulis negara India dan China saja sebagai tajuk artikel dibawah sedangkan ada disebut dalam artikel yang pengetua terbabit turut juga sebut Indonesia kepada pelajar Melayu ? 

KLiK



Begitu juga artikel terdahulu.... perhatikan pemilihan gambar untuk artikel. 

KLiK

Lebih menimbulkan syak, artikel ini langsung tidak sebut kenyataan yang pengetua itu juga turut menyebut kepada pelajar Melayu supaya balik Indonesia .... siapa pun yang baca akan kaitkan Pengetua itu dengan isu perkauman khusus terhadap kaum bukan Melayu.


Pasti terasa BEZAnya antara dua kenyataan dibawah -

1 - Pengetua memarahi pelajar India dan Cina dengan menyuruh mereka "balik India dan China"

2 - Pengetua memarahi pelajar India, Cina dan Melayu dengan menyuruh mereka "balik India, China dan Indonesia"


Apa permainan Malaysiakini ?

KREDIT TO : dinturtle

No comments: