Tuesday 25 June 2013

NOTIS 2 JAM DBKL - SILA KOSONGKAN PADANG MERBUK.... DAH KOSONG KE BELUM.. ???

khemah-padang-merbok

KUALA LUMPUR : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Ahad mengeluarkan notis dua jam kepada kumpulan yang berkhemah di Padang Merbok di sini untuk mengosongkan kawasan itu.

Pegawai Penguatkuasa DBKL yang ditemui di kawasan itu berkata, notis tersebut dikeluarkan pada pukul 10.15 pagi supaya membuka dan mengalihkan khemah yang didirikan di tempat awam tanpa kebenaran Datuk Bandar Kuala Lumpur.

"Kita bagi masa sehingga pukul 12.15 tengah hari ini kepada mereka namun jika mereka gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan tindakan akan diambil," katanya ketika ditemui di sini, Ahad.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau dikenali Cikgu Bard berkata, kira-kira 100 buah khemah didirikan di kawasan Padang Merbok itu selepas perhimpunan Black 505 pada Sabtu.

"Semalam seramai 246 orang yang bermalam di sini dan hari ini kita akan bertindak mengikut keadaan semasa serta bergantung kepada arahan DBKL," katanya. - BERNAMA

No comments: