Tuesday 25 June 2013

SB TALIBARUT PENGGANAS KIRAM...???


Pihak pendakwaan semalam memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa mereka mempunyai bukti kukuh mengenai seorang anggota polis Cawangan Khas yang mengadakan beberapa pertemuan dengan pengganas Sulu sebelum pencerobohan Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Februari lalu.

Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan memberitahu yang mereka yakin Koperal Hassan Ali Basari telah beberapa kali bertemu dengan ketua kumpulan pengganas itu, Datu Agbimuddin Kiram.

No comments: