Tuesday 25 June 2013

PLAZA TOL BANGI : LORONG SMART TAG TERBAKAR MALAM TADI

Pondok Plaza Tol Bangi yang terbakar, malam tadi.

Bangi : Petugas Plaza Tol Bangi di sini, panik apabila lorong Smart Tag di plaza tol itu terbakar dipercayai akibat litar pintas, malam tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 10.55 malam itu, kebakaran turut menyebabkan kesesakan di plaza tol berkenaan apabila pengguna lebuh raya arah ke arah Bandar Baru Bangi terpaksa memberhentikan kenderaan untuk memberi laluan kepada pasukan bomba memadamkan kebakaran.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi, Ramli Abdullah, ketika dihubungi, berkata jentera pertama tiba di tempat kejadian dalam tempoh dua minit selepas mereka dimaklumkan kebakaran itu.

“Api dapat dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh kurang 10 minit. Kita akan menyiasat punca sebenar kebakaran itu.

“Kami dimaklumkan beberapa petugas plaza tol sedang melakukan penyelenggaraan di laluan berkenaan dan mungkin berlaku litar pintas yang menyebabkan kebakaran,” katanya.

Ramli berkata, pihaknya belum dapat menganggarkan jumlah kerugian dan forensik bomba akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kebakaran  -  Berita Harian 

No comments: