Saturday 26 January 2013

LAGI KANAK-KANAK HILANG...

Lagi kanak-kanak hilang

KUALA LUMPUR : Belum pun reda kes kematian adik William, seorang lagi kanak-kanak, dilaporkan hilang.

Berita yang mendakwa kehilangan adik T. Sathiskumar, 5 tahun tersebar luas melalui media sosial Facebook.

Gambar mangsa dimuat naik di laman Facebook yang memohon maklumat mengenai mangsa.

Di dalam entri tersebut, orang ramai diminta supaya menghubungi bilik gerakan Balai Polis Bukit Mertajam jika mempunyai maklumat mengenai adik Sathiskumar.

Turut disertakan di dalam pos itu adalah nombor pegawai Inspektor Mohamad Ehsan Abu Bakar dan nombor balai polis Bukit Mertajam.

Bagaimanapun, usaha kami mendapatkan pengesahan berhubung laporan itu gagal mendapat jawapan.

No comments: