Kebiadapan mahasampah jalanan yang belajar-tak-pandai-tapi-nak-mentekedarah-duit-rakyat ini semakin menjadi-jadi apabila mereka mengalungkan bunga seperti Hindu mati pada potret Menteri Pengajian Tinggi dan Perdana Menteri semasa berhimpun untuk mendesak pemansuhan pinjaman PTPTN lewat tengahari tadi.
Perbuatan jijik gerombolan anak bangsa yang tidak sedar dek untung ini tidak lain hanyalah manifestasi kebodohan mereka di lapangan sosial yang berunjur dari ketengingan mereka dalam lapangan akademik.
Adalah salah di sisi agama Islam untuk mendesak dengan hinaan dan kecaman bagi tujuan mengelak dari membayar hutang yang telah digunakan untuk bukan hanya biaya pelajaran, malah untuk membeli gajet-gajet elektronik, kereta, malah ada yang mengembara ke luar negara dengan penerbangan tambang murah (sebelum menyertai demo ini kerana tidak boleh keluar negara lagi kerana tidak membayar pinjaman).
Mungkin kerana menyedari tindakan mendesak hutang dihapuskan mereka ini bercanggang dengan amalan Islam, mereka meniru ritual Hindu pula bagi menunjukkan akidah mereka kini sebenarnya atas dasar apa.
Inilah didikan Anwar Ibrahim yang perlu dicantas dari melalangi bendang masyarakat.
No comments:
Post a Comment