Dalam demonstrasi tersebut, secara terang-terang mereka keliru dengan matlamat yang ingin disampaikan apabila ada di antara mereka menggunakan kain rentang dan risalah yang menyokong PTPTN dan tidak mahu perkara itu dipolitikkan.
Pada masa yang sama, ada yang menggunakan sama kain rentang dan risalah yang menuntut pendidikan secara percuma dan mansuhkan PTPTN.
Secara tidak langsung, keadaan itu menimbulkan kekeliruan dan rasa malu bagi pengikut-pengikut yang tidak mengerti dalam demonstrasi yang dikepalai oleh Adam itu sama ada menyokong atau membantah PTPTN?
Selain itu, lokasi demonstrasi mereka juga ditukar di saat-saat akhir daripada rancangan asal iaitu ingin berarak dari Padang Merbok ke Dataran Merdeka, sebaliknya telah berubah dengan berkumpul dahulu di Masjid Jame’ Kuala Lumpur dan bergerak ke pusat membeli belah SOGO.
Sewaktu mereka berkumpul di Masjid Jame’, sekumpulan remaja India yang dianggarkan seramai 20 orang datang secara tiba-tiba di perkarangan masjid itu.
Ketika ditanya di kalangan remaja India di sana, kebanyakan dari mereka tidak mengetahui tujuan demonstrasi itu diadakan.
Yang mereka tahu, dipanggil dan diarahkan memanggil kumpulan mereka beramai-ramai dan berkumpul di lokasi tersebut.
Berada di lokasi itu, penulis sempat berbual dengan kelompok remaja tersebut.
“Mereka telefon dan arahkan memanggil ramai lagi orang. Kemudian, berkumpul di sini. Tujuannya, hanya mengikut sahaja tindakan dan pergerakan yang lain,” kata mereka.
Sedikit memalukan bukan? Meraih perhatian orang ramai untuk hadirkan diri ke demonstrasi tersebut semata-mata untuk mencukupkan jumlah pengikut sehingga 5000 orang? Hakikatnya, pengikut yang menyertai demonstrasi itu hanyalah kurang dari 300 orang sahaja.
Selain itu, jelas dilihat, Adam Adli sempat menyuruh beberapa orang lain yang berada di dalam kereta untuk turun dan menyertai pertunjukan demonstrasi mereka ketika berlakunya kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Masjid Jamek.
Adam dengan bangga mengatakan jumlah yang menyertai demonstrasi itu pastinya mencecah 5000 orang dan majoritinya semestilah golongan pelajar.
Namun, di lokasi demonstrasi itu jelas kelihatan golongan pelajar-pelajar hanyalah duduk di tepi-tepi dan menyaksikan dirinya terpekik-pekik mengecam dan mengutuk Perdana Menteri.
Juga, ada sepasang kekasih yang datang ke demonstrasi itu hanyalah untuk ‘memadu cinta’ dan bukannya menyertai dan menyokong perhimpunan tersebut.
Jadi, di manakah rasional dan tujuan sebenar demonstrasi itu dilakukan?
Adam Adli juga dilihat kurang berucap dan hanya berusara bila perlu sahaja dan lebih memberikan peluang kepada orang lain yang berucap.
Jadi, dimanakah kelantangan suara Adam Adli ketika berbicara menegakkan perjuangan dan kebenarannya walhal secara terang-terang memang tiada kebenaran yang cuba dia tegakkan.
Jatuh sudah air muka Adam Adli ketika dia sendiri melakukan demonstrasi yang nyatanya terlalu goyah dalam merancang strategi yang berkesan.
Mahu mansuh atau mahu diteruskan?
Itulah yang menjadi tanda tanya ramai pihak apabila sekumpulan 250 orang yang mengaku mahasiswa berhimpun di ibu negara petang tadi.
Perhimpunan itu pada awalnya dikatakan hendak menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.
Mereka mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk menuju kawasan pusat membeli belah Sogo.
Perhimpunan diketuai aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia itu turut disertai NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur.
Demonstrasi itu bermula tepat jam 2.10 petang dari lokasi pertama, Masjid Jame’ Bandaraya Kuala Lumpur dan menuju ke pusat membeli belah SOGO di Jalan Tunku Abdul Rahman.
Perarakan kumpulan itu tersasar dari rancangan asal yang ingin berarak dari Padang Merbok ke Dataran Merdeka.
Adam bagaimanapun kelihatan ‘tidak rancak’ mengetuai demonstrasi itu sebaliknya banyak dikepalai oleh Pengerusi Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi (Bebas), Muhammad Safwan Anang Talib dan Khalid Mohd Ismath, Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipendent.
Kumpulan berkenaan melaungkan slogan antaranya “Najib Altantuya”, “Mansuh PTPTN”, “Jahanam Umno-BN”, “Musnah Rosmah”, “Reformasi” dan “Jahanam Najib.”
Kumpulan siswa itu turut membawa kain rentang antaranya dengan slogan bertulis ‘Free education now!’, ‘Mahasiswa bukan robot’ dan ‘Mansuh PTPTN’.
Di hadapan Sogo, kumpulan pelajar berkenaan juga bertindak mengalungkan bunga pada gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Tetapi yang menghairankan pula, ada juga di antara mereka yang membawa poster yang mesejnya sama sekali berlawanan dengan objektif asal perhimpunan itu.
Lihat kekeliruan yang wujud antara poster menyokong PTPTN dan yang mahu ia dimansuhkan. Jadi demontrasi petang tadi untuk apa?
Apa sudah jadi ni?
Adakah ini bermakna yang golongan mahasiswa itu sendiri tidak bersatu hingga telah berpecah kepada dua puak iaitu puak yang menyokong dan puak yang membantah?
Seorang pelajar yang menyertai demonstrasi tersebut, Mohd Rafiq (bukan nama sebenar) menyatakan keliru dengan tujuan demonstrasi tersebut dengan kenyataan-kenyatan yang Adam keluarkan sebelum demonstrasi itu dijalankan.
“Saya keliru sama ada demonstrasi ini membantah atau menyokong PTPTN? Sebab ada dua jenis kain rentang yang mereka guna, ‘Tuntutan Pendidikan Percuma, Mansuhkan PTPTN’ dan ‘Jangan Mansuhkan PTPTN’. Jadi, apa sebenarnya tujuan demontrasi ini. Saya rasa macam ditipu,” katanya di sini hari ini.
Lagi satu, apa sudah jadi kononnya perhimpunan itu akan disertai ribuan mahasiswa sedangkan yang muncul jauh dari angka yang sebenar? Sebahagian pula tak nampak macam mahasiswa mana-mana universiti pun seperti gambar di bawah.
Jika jumlah mereka yang kononnya mewakili anak dan adik (tapi sebenarnya mewakili parti politik semata-mata) ditolak, berapa ramai siswazah tulen yang hadir?
Adakah Adam Adli nak kata yang tak hadir ini penakut atau dia kena akui bukan semua mahasiswa mempunyai otak dan perangai buruk macam dia dan geng SSMnya itu?
Apa yang berlaku petang tadi juga menimbulkan kemarahan pada para pengguna jalan raya kerana ia telah mengakibatkan kelancaran kenderaan mereka terganggu dan terhalang.
Itu belum campur persepsi pelancong asing yang tertanya-tanya, apa kejadah anak-anak muda ini terpekik-pekik macam monyet tergigit cili.
Kalaulah mereka tahu yang terpekik terlolong itu mahasiswa, pasti mereka akan menggeleng-gelengkan kepala…dan kalau mereka tahu juga yang puak-puak ni menuntut agar boleh belajar ‘free of charge’ kat universiti, pasti mereka akan lebih menggeleng-gelengkan kepala masing-masing.
Buat Adam Adli dan puak-puaknya itu, sayugia diingatkan, sejak dilaksanakan menerusi Akta 556, iaitu Akta PTPTN 1997, sejumlah RM 43 bilion sudah digunakan menampung perbelanjaan pinjaman pendidikan peringkat tertiari bagi rakyat.
Ia bagi membolehkan sasaran kerajaan agar 40 peratus dari keseluruhan penduduk memperoleh pendidikan tertiari, sama ada di peringkat diploma ataupun ijazah, dicapai dengan jayanya.
Jumlah perbelanjaan itu sebenarnya hanya bagi menampung keperluan membayar yuran dan bagi penuntut IPTA, ia adalah dalam lingkungan 10 peratus daripada keseluruhan kos pendidikan.
Bagaimanapun, galakan itu sebenarnya belum boleh merangsang pertumbuhannya jika tiada satu dana untuk membiayai kos pengajian. Peranan itu sebelumnya dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan agensi-agensi kerajaan, tetapi ia terhad kepada pembiayaan di universiti awam.
Untuk menggalakkan pertumbuhan institusi pendidikan swasta, satu dana khusus dalam bentuk pinjaman disediakan menerusi PTPTN.
Jika PTPTN dihapuskan, bermakna lebih banyak kolej swasta akan berhadapan dengan masalah disebabkan kos pendidikan tinggi semakin meningkat.
Kos yuran pengajian di peringkat diploma sudah mencecah RM20,000 dan ini akan menyebabkan lebih ramai rakyat negara ini tidak berpeluang, kerana mengharapkan kemasukan ke universiti awam, ia perlu bersaing sesama sendiri dan dengan lain-lain kaum.
Ini yang Adam Adli dan geng-gengnya lupa.
Oh yea, nak beritahu di sini, sejak melaksanakan dasar memberikan galakan kecemerlangan akademik, 11,764 orang dikecualikan bayaran balik pinjaman (berjumlah RM339 juta) kerana memperoleh ijazah kelas pertama.
Daripada jumlah itu, 8,818 orang ialah pelajar keturunan Cina, 2,347 orang keturunan Melayu, 456 orang keturunan India manakala 50 bumiputera Sabah, 34 bumiputera Sarawak dan 59 lain-lain keturunan.
Persoalannya, kenapakah pelajar Melayu hampir tiga kali lebih rendah diberikan pengecualian walaupun dari segi jumlah yang mendapat pinjaman berlipat kali ganda.
Mungkin Adam Adli dan kawan-kawannya itu PALING LAYAK menjawabnya.
Sebab dengar katanya puak-puak ini ‘cukup cemerlang’ dalam akademik mereka.
2 comments:
Adam dan kwn2 syok sendiri, atas arahan Anuwar dibawah panji2 Izzah & Tian, mereka soronok le dapat sponser, pi ler kt UiTM ker buat demo, rasa2 lebam muka masing2. Rata2 bkn mahasiswa pun, ramai dari budak2 suruhan politik pembngkang je.
tulisan lu bro banyak hebat,,gua respect cara lu tulis,,x mcm geng2 lu yang lain,nmpk kat situ budi bahasa lu
Post a Comment