Tuesday 4 November 2014

BAPA 'IBLIS' DERA ANAK PEREMPUAN BERUSIA SETAHUN HINGGA MATI !!!

 Hiasan

KUALA LUMPUR 3 Nov - Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala dipercayai akibat didera bapanya di rumah mereka di Jalan SS2, Petaling Jaya pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, kanak-kanak itu telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh oleh kedua ibu bapanya yang mendakwa anak mereka terjatuh dari tangga dua hari sebelum itu dan meninggal dunia kira-kira jam 9.45 malam Jumaat lepas.

"Doktor yang merawat mangsa mendapati terdapat kesan lebam di bahagian kepala, lengan kanan, perut dan bahagian belakang kanak-kanak itu sebelum dia disahkan meninggal dunia beberapa minit kemudian. Doktor berkenaan kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Sea Park.

"Punca kematian adalah disebabkan kecederaan teruk di kepala," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau hasil siasatan polis mendapati terdapat unsur mangsa dicederakan dan pihaknya akan memanggil bapa kanak-kanak itu untuk membantu siasatan.

"Siasatan polis turut mendapati kecederaan itu bukan merupakan kejadian pertama berikutan sebelum itu mangsa pernah menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat kecederaan patah tangan kanan, dengan ibu bapanya memberikan alasan yang sama," kata Azmi.   

Beliau berkata, pasangan terbabit yang sudah berkahwin 10 tahun turut mempunyai tiga lagi anak berusia antara empat bulan dan lapan tahun dan hasil siasatan mendapati tiada sebarang kesan lebam terhadap tiga kanak-kanak itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

No comments: