Showing posts with label MURTAD. Show all posts
Showing posts with label MURTAD. Show all posts

Thursday, 2 August 2012

DIHASUT MURTAD KETIKA BERBUKA PUASA

Dihasut murtad ketika berbuka

GEORGETOWN – Ketika sedang berbuka puasa di sebuah pusat membeli belah, Mohd Noor Farid Mohd Alwi, 28, dan tiga lagi rakannya didatangi dua lelaki asing yang juga dipercayai pelancong luar negara.
Pada masa itu, dia dan rakan hanya menunggu waktu untuk berbuka puasa, sementara dua lelaki yang dipercayai pelancong itu mendekati mereka secara tiba-tiba.
Mohd Noor Farid berkata, pada mulanya dia menyangka lelaki berkenaan mahu bertanya jalan atau tempat.

Monday, 9 July 2012

SIAPA 3 SELEBRITI BAKAL MURTAD..???


Semalam ada baca berita mengenai kareena kapoor yang tidak mahu memeluk islam meskipun bakal berkahwin dengan saif ali khan seorang muslim. Rujuk sini 

Thursday, 5 April 2012

AWAS!!! JIKA ADA MUBALIGH KRISTIAN SERING BERKUNJUNG KE TEMPAT ANDA BEKERJA..!!!

JIKA ANDA SEORANG YANG BERAGAMA ISLAM.....  JANGAN FIKIR CERITA BERIKUT ADALAH MENGARUT....



PEGAWAI BANK KINI JADI GELANDANGAN SELEPAS MENUKAR AGAMA



“Sebelum ini semuanya berjalan lancar, malah kehidupan saya sebagai pegawai bank agak stabil, tetapi semuanya hancur berkecai selepas menjadi mangsa pukau sebelum dipaksa menganut agama lain,” kata lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Anwar, 30-an, di sini, semalam.

Anwar, lulusan ijazah sarjana muda kewangan dari sebuah universiti tempatan pada 1993, kini mendapatkan perlindungan di Anjung Singgah, di sini, dan kini dalam proses mencari kerja bagi membina kehidupan baru.

Dia seorang dari beberapa gelandangan berkelulusan universiti yang hidup merempat dengan mendapatkan bantuan makanan dan tempat tinggal daripada beberapa pertubuhan sukarela di ibu kota.

Menceritakan kejadian yang memusnahkan hidup dan kerjayanya, Anwar berkata, kerjaya perbankan diceburi hampir 13 tahun musnah selepas dipukau sebelum dibawa ke merata negeri termasuk negara jiran, dua tahun lalu.

Masalah itu, katanya, bermula dengan perkenalan dengan seorang mubaligh kristian yang kerap datang berurusan di bank tempat kerjanya.


Sumber: Harian Metro...........kira-kira 3 bulan yang lalu...
Terima kasih Sungai Rapat Online
**** Jangan fikir isu murtad yang diperjuangkan oleh Dr. Hassan Ali adalah sekadar rencah penyedap ceramah sahaja..!!!!!

Wednesday, 4 April 2012

ISU MURTAD UNTUK BERKAHWIN ADALAH BIASA DI INDONESIA....!!!

.

KONTROVERSI 3 SELEBRITI POPULAR INDONESIA MURTAD..!!!

Memang cukup sensitif isu murtad ni baik dikalangan umum mahupun di kalangan mereka yang bergelar artis. Nak jadikan cerita, kontroversi terbaru timbul di dunia hiburan Idonesia apabila diberitakan tiga selebriti mereka didakwa telah keluar dari agama Islam atau dalam erti kata lain, murtad!


Menariknya adalah kenyataan dari salah seorang dari mereka iaitu  Happy Salmah atau nama sebenarnya Jero Happy Salma Wanasari yang mengulas mengenai tindakannya itu....

”Saya tidak akan bercakap mengenainya. Isu masyarakat Islam di Indonesia, baik lelaki mahupun wanita yang menukar agama lain untuk berkahwin dengan pasangan masing-masing adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana mendakwa ulama berkata ia dibolehkan". 

IMBAS KEMBALI...... 14 TUNTUTAN IFC YANG DIKETUAI OLEH AMBIGA....


DI SINI


LIHAT TUNTUTAN KE - 2






2.   Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

FIKIR2KAN.....................

Tuesday, 3 April 2012

HASSAN ALI DEDAH VIDEO PASANGAN MURTAD


Dr Hasan Mohamed Ali semalam mendedahkan bukti video individu Melayu Islam yang pernah keluar dari agama Islam bagi menjawab dakwaan proses pemurtadan orang Islam tidak berlaku. Video yang ditayang di kediamannya menayangkan sepasang suami isteri yang pernah dimurtadkan dan terlibat dengan kegiatan Kristianisasi bersama mubaligh dari Australia.

Berikut petikan dari laporan Malaysian Insiders dari laman web JATI: 

Video dengan durasi 16 minit dan 42 minit itu ditayangkan kepada pemberita, manakala video tanpa edit dengan durasi sejam setengah hanya akan ditayangkan kepada pihak berkuasa agama demi menjaga eksklusiviti video berkenaan.

Berdasarkan rakaman video berkenaan, pasangan tersebut yang menggunakan nama samaran Ramli Abdullah, 47, dan isterinya Zakiah Musa, 42, berkata, mereka dihampiri oleh satu organisasi badan bukan kerajaan (NGO) yang bukan berteraskan akidah untuk membantu mereka yang mengalami kesempitan hidup.

“Kumpulan NGO tersebut memberikan setiap bantuan untuk keperluan hidup seperti tempat tinggal, makan minum, termasuk kereta untuk menarik Muslim menyertai Kristian,” kata Ramli dalam video tersebut.

“Mereka tidak datang secara melulu dan kemudian memperkenalkan Kristian, sebaliknya pendekatan yang digunakan lebih bersifat pendekatan atas dasar kemanusiaan untuk memberikan bantuan dan menjaga kebajikan kami yang mana seterusnya akan memurtadkan orang Islam.”

Jelasnya lagi, kumpulan yang terdiri daripada 20 ke 30 individu tersebut turut membawanya ke satu apartmen di Kelana Jaya untuk dibaptiskan dan diajar cara-cara berdoa seperti masyarakat Kristian.

“Saya diarahkan untuk menerima Jesus sebagai Tuhan dan percaya dia dibangkitkan selepas tiga hari disalib dan sekarang berada di syurga,” katanya lagi.

“Kemudian saya dihantar untuk melanjutkan pelajaran di Singapura dan diberikan kerja. Malah saya turut bertemu dengan kumpulan Muslim lain yang telah di Kristiankan dan jumlah mereka lebih kurang sekitar 200 ke 300 orang dalam satu kumpulan.”

Menurut Ramli, sepanjang penglibatannya dengan kumpulan tersebut sejak 2004, dia turut menjalankan kerja penterjemahan kitab mereka ke dalam bahasa Melayu.

“Saya terlibat secara langsung menjalankan tugas penterjemahan Bible kepada versi bahasa Melayu. Malah saya turut diberikan rumah di Seksyen 4, Kelana Jaya,” katanya lagi.

Antara lain, Ramli turut berkata kumpulan berkenaan turut menghalangnya daripada menukar nama kepada Kristian, sebaliknya menggunakan identiti sebagai Melayu Islam untuk menarik individu lain kepada Kristian.

Isterinya, Zakiah, pula menjelaskan kumpulan tersebut mensasarkan golongan masyarakat Melayu yang menghadapi kesukaran hidup seperti ibu tunggal dan menawarkan bantuan untuk meringankan bebanan ditanggung nereka.

“Kumpulan itu akan pergi kepada kumpulan sasaran mereka atas alasan ingin membantu masyarakat Melayu yang memerlukan bantuan dan kemudiannya memberikan segala kemudahan untuk mereka meneruskan kehidupan,” katanya.

“Kemudian, sedikit-demi sedikit mereka akan ditarik untuk menyertai agama Kristian.”
Satu lagi sedutan laporan JATI:

‘Tiga ratus hingga 400 orang Melayu yang saya temui sendiri telah murtad.” Begitulah pengakuan salah seorang dari dua individu yang didakwa terbabit dalam gerakan memurtadkan umat Islam di Malaysia.

Ramli Abdullah (bukan nama sebenar), 47, turut memberitahu bahawa beliau pada asalnya didekati kumpulan mubaligh Kristian yang menawarkan pekerjaan, tempat tinggal dan juga makan minum.

Menurutnya, beliau memeluk agama Kristian kerana daya tarikan kumpulan mubaligh terbabit yang sentiasa ambil berat tentang keperluan asas kehidupannya.

“Sepanjang saya mengikuti kegiatan mereka, kumpulan ini mempunyai 20 hingga 30 orang Melayu yang telah bekerja untuk mereka.

“Manakala selebihnya adalah warga asing yang kebanyakkannya warga Korea yang fasih berbahasa Melayu,” katanya dalam satu rakaman video yang didedahkan oleh Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, hari ini.

Katanya, penglibatan dalam gerakan memurtadkan orang Islam ini bermula pada 2004 setelah kembali dari dihantar belajar oleh kumpulan terbabit di Singapura.

“Dalam gerakan ini tugas saya adalah untuk mendekati orang Melayu yang dikenal pasti berpotensi untuk dimurtadkan,” katanya.

Ramli berkata, upacara pembaptisan yang dilaluinya diadakan di sebuah apartmen di satu lokasi eksklusif di Kuala Lumpur.

Menurutnya, oleh kerana dia orang Melayu, upacara berkenaan tidak boleh dijalankan di gereja dan mendakwa dia dimasukkan ke dalam satu kolam renang sebagai simbolik upacara.

“Upacara ini dilakukan bagi membersihkan diri dan menjadikan saya orang baru dan kemudian saya perlu lafazkan sesuatu untuk menjamin tempat saya di syurga,” katanya.

Ramli memberitahu, kumpulan ini tidak secara terus memberi ganjaran kepadanya, sebaliknya mereka memberi imbuhan secara berperingkat seperti makan minum yang dijaga rapi sehinggalah diberi wang secara bulanan mencecah RM5,000.

Hari ini, Hasan mendedahkan video yang didakwa menunjukkan gerakan kristianisasi ke atas orang Islam, seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Dua versi video, masing-masing sepanjang 42 minit dan 16 minit didedahkan kepada media dalam satu sidang media di kediaman bekas Exco Selangor itu di sini.

Video berkenaan antara lainnya menunjukkan temu bual dengan sepasang suami isteri yang mendakwa pernah dikristiankan oleh sekumpulan mubaligh Australia. Lelaki berkenaan, bersama isterinya, bagaimanapun mendakwa telah kembali kepada Islam pada akhir tahun lalu.

Wajah kesemua individu yang ditemu bual dalam rakaman tersebut tidak ditunjukkan atas alasan keselamatan, kata Hasan dalam sidang medianya kemudian. Wartawan juga tidak dibenarkan daripada merakam apa-apa bahagian daripada tayangan tersebut.

Thursday, 22 March 2012

KHALID IBRAHIM TAK KISAH MELAYU ISLAM MURTAD.... ITU HAK PERIBADI..!!!


Ya Allah teruk betul Khalid Ibrahim MB Selangor yang namanya Islam tapi sanggup bersekongkol dengan DAP dalam isu anak melayu Islam di MURTADKAN oleh Kafir Kafir DAP.

Dari kenyataan YB Hassan Ali jelas kita dapat melihat bagaimana MB yang juga memegang jawatan Exco Ugama Islam Selangor menyatakan Isu anak melayu Islam Murtad bukan dibawah tanggungjawap Kerajaan Negeri dan ianya terpulang kepada ibu bapa anak melayu Islam itu.

Pergh punyalah bangsat kenyataan MB Selangor Khalid Gagap ni. Kalau dah nama pun Kerajaan Negeri dan Islam agama rasminya mengapa boleh membiarkan pekara murtad berleluasa dalam negeri Selangor?

Anda berhak menilai sendiri ini lah yang menjadikan orang Melayu Islam di Malaysia semakin lupa Jati Diri sebagai orang Islam kerana adanya pemimpin yang sanggup bersekongkol dengan Kafir dalam memurtadkan anak Melayu Islam.

Wednesday, 7 March 2012

GEMPAR!!! REMAJA MELAYU MENGAKU DIMURTADKAN, JUMPA HASSAN ALI..!!!

Remaja Melayu Murtad Bertemu Dr Hasan Ali

AIDCNews –  Rakaman video di sebelah adalah bukti berlakunya usaha permurtadan sebagai mana yang diwar-warkan sebelum ini.
Seorang remaja Melayu lelaki yang mengaku telah dimurtadkan oleh Kristian telah menemui Datuk Dr Hassan Ali, Presiden JATI untuk meminta nasihat dan mahu kembali memeluk Islam.
Teknik rakaman visual ini dibuat melindungi wajah remaja tersebut, di atas pemintaannya sendiri kerana bimbang dirinya akan terancam selepas tersebar wajahnya di media.

Sunday, 4 March 2012

MEMANG ADA UNIT KHAS MURTADKAN ORANG MELAYU... ISLAM!!!

jais513

Bekas Exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali malam kelmarin, mendedahkan ada gereja di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya menubuhkan unit khas untuk menggerakkan agenda Kristianisasi mereka terhadap orang Melayu.
Katanya, mereka bergerak dengan perancangan dan strategi rapi, mubaligh Kristian berusaha mengkristiankan orang Melayu, menggugurkan kalimah Allah, mendekati orang Melayu dan membawa Kristian ke dalam kehidupan orang Melayu.
“Mereka datang dari United Kingdom, Jerman, Belanda, Australia, Amerika dan Kanada. Setiap mereka yang datang diwajibkan tinggal di negara ini sekurang-kurangnya setahun.
“Mereka mempunyai ijazah kedoktoran (PhD) dalam antropologi, sosial psikologi, agama dan boleh berbahasa Melayu selepas belajar dalam dua bulan. Mereka juga faham budaya, jiwa orang Melayu, sosial interaksi, unit masyarakat orang Melayu, keluarga Melayu dan masalah orang Melayu,” katanya dipetik dari akhbar Berita Harian.
Hasan yang juga Presiden Jalur Tiga (JATI) berkata, unit khas berkenaan mempunyai kelebihan yang hebat kerana mereka memiliki dana tanpa had daripada badan kristian antarabangsa.
“Beberapa orang yang sudah dibaptis datang jumpa saya menceritakan apa yang dia dapat apabila masuk Kristian. Sewa rumah RM1,700 sebulan dibayar, kereta dibelikan dan anak empat lima orang disara.
“Segala keperluan anak, sebut apa saja, komputer riba, kamera, i-Pad, jelajah dunia, semua dapat. Mereka (mubaligh Kristian) berkeliaran di hospital terutama di wad pesakit yang dikategori sebagai tidak ada harapan sembuh.
“Duduk di hospital tujuh, lapan bulan atau setahun. Anak, suami, isteri dan saudara tidak pergi ziarah. Siapa yang gantikan mereka? Pengembang Kristian dari dalam dan luar negara,” katanya.
Sementara itu, Hasan menyarankan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya membincangkan semula isu Israel di peringkat Majlis Syura Ulama parti itu supaya ia dapat diperhalusi.
Katanya, kenyataan Pengerusi Biro Politik Hamas, Dr Mousa Abu Marzook yang menyangkal dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Hamas mengiktiraf kewujudan Israel adalah bukti jelas bahawa ia diputar-belitkan pemimpin pembangkang itu.