Monday 12 March 2012

ANWAR SEMAKIN MALAP.....

AIDCNews – Agak luar biasa, apabila ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dibebaskan mahkamah daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, semakin kurang sambutannya.
Sepatutnya, apabila Anwar diputuskan ‘bersih’, ceramahnya akan dikerumuni rakyat jelata, namun keadaan sebaliknya berlaku.
5286785131_059c9fbef2
Malah, jika dibandingkan dengan siri-siri ceramah Datuk Dr Hassan Ali, Presiden JATI, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat keahlian PAS, seumpama Anwar sudah kehilangan auranya.
Dr Hassan sentiasa dinanti dan dikerumuni rakyat jelata untuk mendengar setiap butir perkataan yang muncul dari mulutnya, tetapi Anwar semakin dijauhi rakyat yang menunjukkan rakyat tidak mahu lagi mendengar janji-janji kosong ketua pembangkang itu.
Portal pro Anwar, Malaysiakini, 11 Mac melaporkan, ceramah Anwar di Pulau Pinang akhir-akhir ini secara relatifnya gagal menarik kehadiran ramai peserta seperti selalu.
Dalam acara terkini di Little India pada 8 Mac lalu, kurang daripada 300 hadir sehingga pemimpin Pakatan Rakyat mengesyaki terdapat arahan supaya penduduk setempat, yang kebanyakan peniaga supaya “memulaukannya”.
Anggota majlis negeri L Anand bersetuju terdapat kekurangan peniaga yang ketara kali ini, tidak seperti sebelum ini di mana mereka dikatakan selalu ‘tunjuk muka’ dalam majlis parti politik tak kira daripada BN atau Pakatan.
“Ini tidak adil kerana peniaga sepatutnya bersikap neutral,” katanya yang juga anggota DAP kepada Malaysiakini.
Dr Novandri, dalam kupasannya bertajuk “Sambutan Dialog Anwar Ibrahim Sesejuk Aircond Dewan De Palma” berkata dialog itu tidak mendapat sambutan yang sewajarnya.
“Tiada lagi x-factor yang dimiliki oleh pemimpin veteran tua itu, lebih-lebih lagi anak muda hari ini lebih kritis dan tidak akan menerima bulat-bulat sandiwara atau cerita yang dihiburkan oleh Anwar.
5500064942_74eab1d599
“Anak muda hari tahu kronologi dan penolakan demi penolakan orang-orang kuat Anwar Ibrahim yang satu ketika dulu merupakan mereka yang sanggup buat apa sahaja demi veteran tua ini”, katanya.
Perkara sama turut dikongsi Agendadaily yang melaporkan dialog anak muda selama dua jam hanya dihadiri kira-kira 150 orang.
Seorang belia memulakan soalan dengan bertanyakan sekiranya Anwar tiada lagi, siapa yang akan menggantikannya.
“Siapa pengganti saya akan ikut proses demokratik. Dalam Keadilan, sekarang ini ada presiden, Wan Azizah, naib presiden Nurul Izzah, Fuziah, Surendran, Tian Chua dan sebagainya. Jangan bimbang. Dan .. mungkin, siapa tahu akan muncul tokoh baru pula,” jawab Anwar.
Seorang lagi belia minta pandangan dan pendiriannya terhadap pluralism dan Islam sekular, tetapi sebaliknya Anwar dengan panjang lebar bercerita pasal sejarah Islam, kisah sahabat nabi, khalifah dan sebagainya. Selepas itu dia bercerita tentang politik di Turki, Tunisia dan Mesir serta kisah-kisah malang dirinya disalah erti selama hampir 10 minit. Sesudahnya, soalan itu tidak terjawab.
Selepas itu Anwar ditanya pendapat peribadinya mengenai hukum Hudud dan bagaimana dia bercadang untuk melaksanakannya supaya sesuai dengan komuniti yang berbilang bangsa.
Anwar terus bercerita mengenai prinsip kebebasan, nilai islam, mahkamah syariah, sistem ekonomi dan rasuah. Selepas itu Anwar cakap berbelit-belit. Katanya, kalau sokong tapi tak faham konsep negara Islam, payahlah.
“Kalau kita yakin dengan Islam kita tak boleh kata Hudud itu tak ada dalam Quran. Tapi saya sebagai orang Islam, akan pertahankan undang-undang Islam. Soal perlaksanaannya kita putuskan dalam Pakatan Rakyat – orang yang menerangkannya biarlah PAS.
Orang yang rasa nak menentang, seperti DAP boleh berucap dan minta jelaskan.. Orang macam saya boleh tolong selaraskan. “Jawapan” Anwar itu membuat ramai yang hadir terpinga-pinga kebingungan.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya, chedet.cc, bertajuk “Peperangan Mesir Melawan NGO”, berkata hanya kuasa rakyat melalui peti undi dalam pilihanraya umum ke-13 adalah satu-satu cara untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim daripada terus bermaharaja lela di negara ini.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam isu berhubung dengan Israel, seperti dilaporkan Sinar Harian, 17 Februari lalu berkata, beliau sedia mendengar penjelasan Anwar, namun Ketua Umum PKR itu disyorkan untuk memberi penjelasan sendiri kepada rakyat berhubung dengan isu tersebut.
“Saya akan mendengar (penjelasan Anwar) tapi saya menyerahkan kepada Anwar untuk menjelaskan kepada orang ramai”, katanya.
Dalam isu berkenaan, Anwar secara tegas menolak kedua-dua saranan Dewan Ulama PAS Pusat yang mendesaknya supaya menarik balik kenyataan di Wall Street Journal atau menyaman media tersebut sekiranya tersalah lapor.
5266231224_57b97b3329
Anwar seperti dilaporkan WSJ, 26 Jan telah berkata “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians
Maksudnya; “Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin”.
5540131920_e722d22374

No comments: