Friday 23 November 2012

PADAH GADIS MEMBERONTAK AKIBAT MABUK CINTA

Hajat seorang gadis keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarga bagi bertemu kekasihnya mengundang padah apabila dia maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah apartmen kuarters kerajaan di Desa Pandan di sini semalam. Innalilah… Al-Fatihah....


Sekadar gambar hiasan.... penulis cuba bayangkan, mungkin beginilah cara yang Siti Khadijah gunakan untuk  keluar dari rumahnya di tingkat 7 seperti dalam artikel...

Sebelum kejadian pada pukul 8 pagi, mangsa, Siti Khadijah Muhammad, 16, mengurung diri di dalam bilik di rumahnya selepas dipercayai memberontak kerana dihalang keluarga untuk bertemu kekasihnya.


Bagaimanapun, selepas terdesak untuk berjumpa kekasihnya, mangsa cuba keluar dari tingkap di bilik rumahnya.

Khadijah dikatakan menyambung lima helai selendang yang setiap satu sepanjang kira-kira satu meter setengah dengan niat dapat sampai ke bawah dan berjumpa kekasihnya.

Semasa kejadian, ibu gadis itu dan empat adik mangsa berada di rumah sementara bapa mangsa berada di pejabat.

Bagaimanapun, hajat Khadijah bertemu buah hatinya tidak kesampaian apabila kain selendang yang disambungnya itu terputus sebaik mangsa bergantung pada kain tersebut.

Mangsa ditemui terbaring berlumuran darah dalam keadaan sudah tidak bernyawa oleh penduduk di apartmen sembilan tingkat itu - Kosmo

***Ingatlah wahai remaja.... jangan diikutkan hati yang sedang rapuh, jangan diikutkan nafsu yang sedang menggelodak, jangan dibenci mereka yang menyayangi.... fikirlah dgn akal yang waras: berapa lamakah kamu menyintai kekasih kamu, sejauh manakah kamu mengenali kekasih kamu? Kenapa kamu sanggup memberontak terhadap ibubapamu sedangkan dia lah yg melahirkanmu, menjaga kamu bagai menatang minyak yg penuh, menyuap makanan ke mulutmu sehingga kamu dewasa, mendidik kamu..... malah sentiasa buat yang terbaik untuk diri kamu, kenapa kamu sanggup engkar hanya kerana kamu cintakan kekasih kamu???..... wallahu'alam...

5 comments:

Jangan sebar penipuan said...

Salam,

Tolong hentikan sebar berita mcm ni.

Arwah perlukan kebenaran. Berita tu spin.

Blog awak ni antara tersenarai awal di page google.

Tolong buang / betulkan kenyataan.

Harap awak tak bersekongkol dengan mereka yang berdusta.

TOLONGLAH!!!!!!!!

Bicara Perjuangan said...

Blog ini bukan yang pertama mengeluarkan berita ini. Kenapa anda tidak tanya pada Kosmo Online....http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1123&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm. Juga lihat di sini : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1123&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
Malah di sini juga : http://duniaitu.blogspot.com/2012/11/mati-terjatuh-sebelum-jumpa-kekasih.html
Tolonglah!!! Check baik2....!!!

Bicara Perjuangan said...

Jangan nk terus buat tuduhan..... Lihat berikut :
1. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1123&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
2. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1123&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
3. http://duniaitu.blogspot.com/2012/11/mati-terjatuh-sebelum-jumpa-kekasih.html

Jangan sebar penipuan said...

Kalau betul kamu berjuang, tolonglah sebarkan berita tu kena spin.

Keluarga arwah sgt terkilan dengan wartawan kosmo.

Saya mmg dah cek pun baik2 semua site, tapi apakan daya saya seorang mana nak mampu sekat semua penyebaran berita ni.

Harap kamu yang rajin blog ni tlg lah perbetulkan keadaan.

TOLONGLAHH SGT2. Mana simpati kamu kalau ahli keluarga kamu sendiri yang dihina penuh aib dikala mati padahal ianya tidak benar!

Bicara Perjuangan said...

Mana kenyataan yang mengatakan kosmo telah spin cerita tersebut? dan mana pula cerita yang sebenarnya? kamu hanya suruh saya betulkan tetapi kamu tidak mmberikan butirannya....!