Friday 23 November 2012

FAHAMAN SYIAH (BAHAGIAN 2)


SYIAH DI MALAYSIA

Di antara puak Syiah yang banyak sepanjang sejarah mereka, yang masih kekal sehingga hari ini ialah tiga kumpulan iaitu Syiah Imam Dua Belas (Ja’afariyah), Al-Ismailiah, dan Al-Zaidiah.

Sebahagian pengkaji berpendapat bahawa sekiranya istilah Syiah disebut ia terus merujuk kepada Syiah Al-Imamiah dua belas atau selain mereka sama ada Syiah Al-Ismailiah atau Al-Zaidiah. Ini ialah kerana sumber-sumber rujukan Syiah Al-Imamiah dua belasmengandungi kebanyakan pendapat dan prinsip puak-puak Syiah yang lain. Syiah Imam Dua Belas dikenali juga dengan Ja’afariyahmerupakan golongan Syiah yang terbesar yang wujud hingga ke hari ini.

Di Malaysia terdapat tiga (3) kumpulan Syiah, iaitu:


1.      Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra)

     Berasal dari India. Di Malaysia dikenali sebagai Golongan yang memiliki ‘Kedai Bombay’. Berpusat di Klang, punyai tanah perkuburan dan masjid sendiri.

2.      Syiah Ismailiah Agha Khan

Dikenali sebagai nama ‘Kedai Pheerbai’ dan bergerak sekitar Lembah Klang. Jumlah pengikutnya lebih kecil dari Kelompok Bohra.
  
3.  Syiah Ja’afariyah@Imamiah Ithna Assyariyyah (Imam Dua Belas)

Mula bertapak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran kumpulan ini menular ke negara ini melalui bahan-bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran. Beberapa orang pensyarah universiti tempatan turut berperanan dalam menyebarkan fahaman ini secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi.

       Beberapa kitab utama Syiah telah dijadikan rujukan dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia, antaranya ialah:
I.      Kasyful Asrar oleh Ayatullah Al-Khomeini.II.      Al-Hukumah Al-Islamiah oleh Ayatullah al-khomeiniIII.      As-Sab’ah Min As-Salaf oleh Ayatollah Al Murtadza Az Zubaidi.IV.      Al-Usul Min Al-Kafi Oleh Syeikh Muhammad Bin Yaacob Al-Kulaini.V.      Tahrir al-Wasilah oleh Ayatullah al-khomeiniVI.      Al-Muraja’at oleh Al Sheikh Abdul Husin Syarafuddin Al Musawi.VII.      Peshawar Nights oleh As Sayyid Muhammad Rais Al-Wahidin.VIII.      Mafatihul Jinan oleh Syeikh Abbas Al-Qummi. IX.      Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya ( Fiqh Lima Mazhab Di Antara Nas Dan Ijtihad ) oleh Al-Hasan Bin Yusuf Al-Mutahhar Al-Hulliyy diterjemah oleh Prof Madya Dr Lutpi Ibrahim. X.      Mengapa Aku Memilih Ahlul Bait a.s ? oleh Syeikh Muhammad Mar’i Al-Amin Al-Antaki diterjemah oleh Prof Madya Dr Lutpi Ibrahim.
ASPEK PENYELEWENGAN SYIAH

Ajaran dan fahaman Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng dari ajaran Islam dan menjadi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan negara. Terdapat penyelewengan dari pelbagai sudut, antaranya akidah, syariah dan umum.   

PENYELEWENGAN DARI SUDUT AQIDAH

1)  Khalifah Diwasiatkan Secara Nas الوصابة    )

i.    Syiah mempercayai imam-imam telah ditentukan Allah melalui lisan    RasulNya secara nas. Ini dijelaskan dalam kitab “Aqaid al-Imamiah  oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar,halaman 78.

ii.   Syiah juga mempercayai wasi (orang yang dilantik untuk menunaikan  wasiat ) Rasulullah s.a.w adalah Saidina Ali. Perkara ini disebutkan dalam kitab Aslu Al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhamad bin Husain Aali Kasyif al-Ghita’,halaman 136.

2)   Imam Adalah Maksum ( ( المعصوم

i.  Syiah meyakini bahawa imam-imam adalah maksum (terpelihara) daripada dosa kecil dan dosa besar dari peringkat kanak-kanak hinggalah meninggal dunia.

ii.  Menurut mereka imam sama seperti nabi, tidak melakukan kesalahan,     tidak   lupa serta dianggap sebagai pemelihara syariat. Perkara   ini     dijelaskan     dalam kitab al-Syiah Fi al-Mizan oleh Muhamad Jawad    Mughniah,     halaman 38 dan kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh     Muhammad Redha al-Muzaffar,halaman 72.

3) Ilmu Allah Berubah-ubah Mengikut Sesuatu Peristiwa Yang Berlaku Kepada Manusia 
 البداء)

i. Dari sudut bahasa al-Bada’ bermaksud lahir sesudah tersembunyi. Menurut akidah Syiah, al-bada’ ialah Allah mengetahui sesuatu          perkara setelah berlaku peristiwa berkenaan yang sebelum itu   dianggap tersembunyi daripadaNya.

ii. Syiah juga menganggap ilmu Tuhan itu akan berubah dan bersesuaian           dengan fenomena baru. Hal ini dijelaskan dalam kitabal-Usul Min al-Kafi    oleh al-Kulaini, Juzu’ 1, halaman 146.

4) Kemunculan Semula Imam Mahdi Dan Kumpulan Orang Yang Telah Mati Untuk Memberi Keadilan (   الرجعة).

i. Menurut akidah Syiah, golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah akan menghidupkan semula orang-orang yang telah mati ke dunia bersama-sama Imam Mahdi untuk menghukum orang-orang yang melakukan kezaliman. Fakta ini dijelaskan dalam kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar,halaman 83.

5) Berpura-pura (التقية)

i.     At-Taqiyah bermaksud menyembunyikan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta benda dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya.

ii.   At-Taqiyah ini diamalkan dalam setiap perkara kecuali di dalam masalah arak dan menyapu dua khuf. Perkara ini dijelaskan dalam kitab al-Usul Min al-Kafi, juzu’ 2 oleh Abu Ja’afar Muhammad bin Ya’kub bin Ishak al-Kulaini ar-Razi, halaman 217.

6)  Muhammad bin Hassan al-Askari ialah Imam Mahdi al-Muntazar (المهدية)

i.  Mereka percaya bahawa Muhammad bin Hassan al-Askari ialah imam yang ditunggu-tunggu yang hilang dan yang akan kembali untuk memerintah dan menghukum orang-orang yang melakukan kezaliman.

ii.  Beliau telah menghilangkan diri selama 65 tahun mulai tahun 206 H - 329 H. Hal ini dijelaskan dalam kitab as-Syiah Wa al-Tashih al-Sira’ Baina al-Syiah Wa al-Tasyayyu’ oleh Doktor Musa al-Musawi, halaman 61.

7) Saidina Ali Disamatarafkan Dengan Allah SWT.

i.  Mereka mempercayai Ali adalah sama taraf dengan Allah di mana beliau adalah sebagai pembahagi ahli Syurga dan Neraka. Perkara ini disebutkan di dalam kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini, Jilid 1, halaman 197.

8) Mengkafirkan Para Sahabat

i.  Mereka mempercayai bahawa selepas kewafatan Rasulullah s.a.w semua sahabat murtad kecuali ahlul bait dan empat orang sahabat iaitu Abu Dzar, Miqdad, Salman al-Farisi dan Ammar. Hal ini dinyatakan dalam kitab al-Anwar al-Nu’maniah oleh al-Syed Nikmatullah al-Musawi, halaman 81.

9) Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman Dan Muawiyah  Sebagai Empat Berhala     Quraisy Serta Pengikut-Pengikut Mereka Adalah Musuh Allah.

i.  Golongan Syiah menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy dan pengikut mereka dikatakan musuh Allah. Perkara ini dijelaskan dalam kitab al- Tafsir oleh Muhammad bin Mas’ud bin ‘Iyasy al-Salami al-Samarqandi, Juzu’ 1, halaman 116.

10) Hanya Ali Menghimpunkan Al-Quran Dengan Sempurna.

i.    Mereka menganggap bahawa tidak ada sahabat yang menghimpunkan dan menghafal al-Quran dengan sempurna kecuali Ali sahaja. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini, Jilid 1, halaman 228. 

11) Menambah Syahadah.

i.  Golongan syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad s.a.w. Perkara ini dinyatakan dalam kitab  al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini, Jilid 1, halaman 441.

12) Menolak Hadith Yang Diriwayatkan Oleh Ahlul Sunnah Wal Jamaah Sekalipun Hadith Mutawatir.

i.    Golongan Syiah menolak semua hadith yang diriwayatkan oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah walaupun hadith itu sampai kepada darjat mutawatir.

ii.   Mereka hanya berpegang dengan hadith yang diriwayatkan oleh Ahlul Bait.

iii.  Mereka juga pantang menerima apa yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Samurah b. Jundub, Marwan b. al-Hakam, Imran b. Hathan al-Khariji dan Amru b. al-As. Pegangan ini disebutkan di dalam buku Aslu al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad al- Husain Aali Kasyif al-Ghita’, halaman 149. 

PENYELEWENGAN DARI SUDUT SYARIAT 

1)  Menolak Ijma’ Ulama’

i.     Golongan Syiah tidak menerima ijma’ ulama’ dalam perundangan Islam malah mereka berpegang kepada pendapat imam-imam mereka  kerana mereka mempercayai ijma’ terkandung kesalahan sedangkan pendapat imam adalah maksum. Kenyataan ini dijelaskan dalam buku Mukhtasar al-Tuhfah al-Ithna Asyariyyah oleh Shah Abdul Aziz al-Imam Waliyyullah Ahmad Abdul Rahim ad-Dahlawi, halaman 51.

2)  Menolak Qias

i.     Golongan ini juga menolak qias. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Aslu al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin al-Husain Aali Khasif al-Ghita’, halaman 149.

3)  Mengamalkan Nikah Mut’ah

i.    Golongan Syiah masih meneruskan amalan nikah Mut’ah yang diamalkan sejak zaman Jahiliah sehingga sekarang. Mereka berpendapat nikah Mut’ah adalah diharuskan dalam syariat Islam. Ciri-ciri nikah Mut’ah yang diamalkan oleh golongan Syiah adalah akad, tempoh dan mahar. Berikut adalah huraian cirri-ciri nikah Mut’ah golongan Syiah:
a)     Dalam nikah Mut’ah ditetapkan tempoh tertentu yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak sama ada sebulan, setahun, atau sehari. Nikah Mut’ah juga boleh dilakukan dalam tempoh satu jam, dua jam, sehari, dua hari atau semalaman.b)    Nikah Mut’ah boleh dilakukan dengan perempuan Yahudi, Nasrani, Majusi, anak dara tanpa izin bapanya dan juga perempuan pelacur. Dalam nikah Mut’ah juga tidak ditentukan bilangan wanita yang dimut’ahkan, boleh dilakukan sehingga seribu orang wanita.c)    Sewaktu akad hendaklah disebutkan mahar dan tempoh yang dipersetujui kedua-dua pihak. Sekurang-kurang mahar ialah semangkuk gula atau segenggam makanan dan sebagainya.    
ii.   Nikah Mut’ah yang digunakan golongan Syiah ini terkandung di dalam kitab al- Nihayah Fi Mujarrad al-Fiqh Wa al-Fatawa oleh Abu Ja’afar Muhammad b. al-Hasan b. Ali al-Tusi, halaman 489 – 491 serta kitab Tahzib al-Ahkam oleh Abu Ja’afar Muhammad b. al-Hasan al-Tusi, halaman 254, 259 dan 266.

4)  Menolak ‘Aul dan Mendahulukan Qurabah dari ‘Asobah Dalam Masalah Pusaka.

i.    Dalam pembahagian harta pusaka, feqah Syiah tidak menerima ‘aul yang telah diasaskan oleh Khalifah Umar al-Khattab. Perkara ini dinyatakan dalam buku “Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya ( Fiqh Lima Mazhab di Antara Nas dan Ijtihad ) oleh al-Hassan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan     Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim, halaman 100 – 101.

 PENYELEWENGAN UMUM

1)  Menziarahi Kubur Saidina Husain, Ganjarannya Syurga.

i.     Syiah mendakwa bahawa orang yang menziarahi kubur Saidina   Husain akan memasuki syurga, sebagaimana yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“ Sesiapa yang menziarahi Husain selepas wafatnya, nescaya ia akan memasuki syurga”.

ii.   Perkara ini terkandung di dalam kitab al-Irsyad karangan Muhammad bin Muhammad bin Nu’man al-‘Askibri al-Baghdadi, halaman 252.

2)  Menyiksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharram ضرب القامات)

i.    Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan     menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharram bagi menangisi    kematian Saidina Husain. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab    al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira’, Baina al-Syiah Wa al-Tasyayyuoleh Doktor Musa al-Musawi, halaman 98.

3)  Menghina Isteri-Isteri Nabi s.a.w.

i.    Golongan Syiah juga jelas menghina isteri-isteri nabi. Hal ini dinyatakan dalam kitab Tuhfah al-‘Awam Maqbul oleh Al-Syed Manzur Husain, halaman 330.

4)  Mengharuskan Jamak Sembahyang Dalam Semua Keadaan.

i.    Golongan Syiah mengharuskan jamak sembahyang fardhu iaitu Zohor dan asar dalam waktu Asar, Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab. Perkara ini disebutkan di dalam buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya ( Fiqh Lima Mazhab di Antara Nas dan Ijtihad ) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya. Dr. Lutpi Ibrahim, halaman 36.

5)  Menetapkan Prinsip Khumus Sebagai Kadar Zakat

i.    Golongan Syiah menetapkan 1/5 sebagai kadar zakat. Mereka juga menetapkan kadar itu pada harta rampasan perang dan lain-lain. Perkara-perkara ini terkandung di dalam kitab Tahzib al- Ahkam karangan Abu Ja’afar Muhammad bin al-Hasan al-Tusi,       halaman 122 dan buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya ( Fiqh Lima Mazhab di Antara Nas dan Ijtihad ) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya. Dr. Lutpi Ibrahim, halaman 48.

6) Imamah dan Khilafah Sebahagian daripada Rukun Islam dan Ianya Berlaku Golongan Syiah mendakwa Imamah dan Khilafah sebahagian daripada rukun Islam dan ianya berlaku melalui nas. Perkara ini     dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya 
( Fiqh Lima Mazhab di Antara Nas dan Ijtihad ) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof.Madya. Dr. Lutpi Ibrahim, halaman 145 - 146.

7)  Sembahyang Dhuha Adalah Bid’ah.

i.    Golongan Syiah mendakwa sembahyang Dhuha adalah bid’ah. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya ( Fiqh Lima Mazhab di Antara Nas dan Ijtihad ) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya. Dr. Lutpi Ibrahim, halaman 31.

8) Islam Bukanlah Syarat Wajibnya Haji.

i.    Syiah mendakwa Islam bukanlah syarat wajibnya haji. Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya ( Fiqh Lima Mazhab di Antara Nas dan Ijtihad ) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya. Dr. Lutpi Ibrahim, halaman 55.

9)  Qunut Adalah Sunat, Ianya Dilakukan Sebelum Rukuk.

i.    Golongan Syiah mendakwa qunut adalah sunat, ianya dilakukan sebelum rukuk. Perkara ini disebutkan di dalam buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya ( Fiqh Lima Mazhab di Antara Nas dan Ijtihad ) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya. Dr. Lutpi Ibrahim, halaman 30 - 31.

10) Wajib Menyapu Kedua-dua Kaki dan Tidak Memadai Basuh Pada Kedua-duanya.

i.    Syiah juga mendakwa wajib menyapu kedua-dua kaki dan tidak memadai basuh pada kedua-duanya. Hal ini dijelaskan di dalam buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya ( Fiqh Lima Mazhab di Antara Nas dan Ijtihad ) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya. Dr. Lutpi Ibrahim, halaman 13 - 14.

Oleh: Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

Bersambung ke Bahagian 3 (terakhir)

No comments: