Friday 23 November 2012

RUMAH DI TENGAH-TENGAH LEBUHRAYA KB-KK....???!!!

Bangunan Kediaman

Wow! Menakjubkan...!!! Ternyata kerajaan Kelantan di bawah pimpinan MB 'KO BN', sangat prihatin dan memahami masalah rakyatnya! Lebuhraya tetap dibina tapi dengan membiarkan rumah itu terus berdiri di situ walapun akhirnya nampak betul-betul di tengah-tengah lebuhraya. Namun khabar yg kurang menyenangkan apabila penduduk rumah itu berkata, pampasan yang tidak setimpal oleh kerajaan pemerintah negeri membuatkan mereka enggan berpindah..... Opsss!!! jap...jap..... ni biar betul...! Bila pulak lebuhraya KB-KK ni dah siap??? Lihat di sini  
Sebenarnya.....

Bangunan itu adalah sebuah bangunan kediaman setinggi lima tingkat yang berada di tengah sebatang jalan raya yang baru siap dibina di Kampung Xiazhangyang Wenling, China.

Bangunan itu tidak diruntuhkan kerana Luo Baogen dan isterinya enggan berpindah disebabkan ganti rugi yang ditawarkan pemerintah masih rendah.

Dia dan isterinya tinggal di salah satu tingkat bangunan tersebut.

Menurut laporan media, semua jiran pasangan tersebut sudah berpindah.

Beberapa buah kenderaan yang melalui jalan tersebut akan bergerak bahagian depan dan belakang bangunan berkenaan.

Bagaimanapun, jalan raya tersebut masih belum dibuka secara rasmi. – Agensi

No comments: