Wednesday 21 November 2012

HERET MAYAT PERISIK ISRAEL DI SEPANJANG JALAN DI GAZA


Menurut sumber enam lelaki yang didakwa sebagai 'perisik Israel' telah dibunuh dan mayatnya diheret melalui jalan-jalan bandar Gaza oleh sekumpulan lelaki. Ketika pengumuman Israel yang memberikan amaran kepada rakyat Palestin untuk mengosongkan beberapa wilayah kerana mereka akan melakukan serangan darat.

Seorang saksi berkata , enam perisik tersebut ditahan dan dibawa ke sebuah persimpangan jalan di utara bandar dimana mereka kemudiannya ditembak kerana memberikan maklumat risikan yang membantu Israel mengetahui kedudukan tokoh-tokoh utama Hamas dan Jihad Islam untuk dijadikan sasaran oleh pesawat pejuang mereka.


Nama keenam-enam lelaki tersebut telah dipaparkan di sepanjang jalan raya selepas mereka disoal siasat oleh pegawai keselamatan Hamas tentang siapa yang memberi maklumat dan menjadi 'pemberi maklumat' untuk menentukan sasaran serangan yang tepat sehingga mengorbankan 118 nyawa rakyat Palestin.

Hampir separuh daripadanya adalah orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak, - dalam tempoh tujuh hari operasi ketenteraan.

Baca lagi  <  di sini   >

No comments: