TEL AVIV - Akaun Facebook, Twitter, Linkedin dan YouTube milik Timbalan Perdana Menteri Israel, Silvan Shalom digodam dan 'dibanjiri' dengan mesej-mesej  pro-Palestin.
Menurut  ZCompanyHackingCrew, pihak yang bertanggungjawab berhubung kejadian ini, terlibat sama dengan perang siber yang sedang melanda Israel bermula beberapa hari lalu.
Penggodam berjaya menggodam masuk e-mel peribadi Shalom dan mempunyai rancangan untuk menghapuskan dokumen lama yang terkandung dalam e-mel.

Melalui Twitter milik Shalom, kumpulan penggodam melakukan protes dan mengemas kini status yang berbunyi, “perang ini sangat tidak adil” dan “siapa yang perlu bertanggungjawab ke atas kematian anak-anak kecil dan orang yang tidak bersalah cuba melindungi tanah air mereka sendiri?”

Serangan skala penuh siber ini bermula selepas kumpulan penggodam terkenal Anonymous membocorkan maklumat peribadi 5,000 pegawai Israel.

Setakat ini, Anonymous telah menggodam 700 laman web Israel termasuk Bank Jerusalem, Kementerian Pertahanan Israel, IDF Blog, laman web rasmi presiden dan majoriti  laman web masih tidak lagi dapat diakses.

Menteri Kewangan Israel, Yuval Steinitz memperitahu AP yang serangan itu merupakan salah satu gelombang perang melalui siber dan berkata, kerajaan kini cuba membuat serangan balas dan mempertahankan lama web rasmi kerajaan dari terus digodam.