Saturday 22 September 2012

BLOGGER PCT FAILKAN SAMAN TERHADAP KOR MING....???



IPOH - Penulis blog, Ahmad Sofian Yahya atau di kalangan rakan-rakan blogger lebih dikenali sebagai Sekupang Dua Anak Pak Ya, memfailkan saman fitnah terhadap Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming kerana membuat kenyataan kononnya dia mengaku salah dan menarik balik samannya berhubung dakwaan salah guna kuasa pemimpin tersebut.


Sidang akhbar tentang saman terhadap ngah kor ming, jam 11.30 pagi tadi, saman telah pun didaftar di makamah tinggi semalam jam 11 pagi, hari nie sekadar makluman kepada wartawan, PC adalah  untuk tindakan.


Saman tersebut difailkan melalui firma guaman Tetuan Norali & Co di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi Ipoh, di sini semalam.

Dalam saman tersebut, Ahmad Sofian menuntut perintah injunksi mengarahkan Kor Ming menarik balik kenyataan yang berunsur fitnah di laman webnya dan menghalang beliau dan ejen-ejennya mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.

Dia juga menuntut ganti rugi am yang akan ditaksirkan mahkamah serta kenyataan permohonan maaf secara terbuka oleh Kor Ming di mahkamah.

Berikut dipaparkan kandungan saman tersebut : 










Ahmad Sofian adalah pemilik blog sekupangduas.blogspot mendakwa Kor Ming telah mengeluarkan fitnah tersebut dalam laman sesawangnya www.ngakorming.com pada 12 September lalu.

No comments: