Saturday 22 September 2012

PUTERI SULTAN BRUNEI NIKAH STAF PEJABAT PERDANA MENTERI

SULTAN Hassanal Bolkiah menepung tawar Puteri Hafizah ketika majlis pernikahan di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, semalam.
SULTAN Hassanal Bolkiah menepung tawar Puteri Hafizah ketika majlis pernikahan di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, semalam.

BANDAR SERI BEGAWAN: Anak perempuan Sultan Brunei dinikahkan dengan pasangannya, Pengiran Muhammad Ruzaini Pengiran Dr Mohd Yakub dalam majlis penuh meriah di istana, semalam.Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, 32, adalah anak kelima Sultan Hassanal Bolkiah bersama Raja Pengiran Anak Saleha.
  • Foto
    PUTERI Hafizah Sururul Bolkiah.
  • Foto
    PENGIRAN Muhammad Ruzaini.
Pengiran Muhammad Ruzaini, 29, melafazkan ijab kabul di depan ahli keluarga dan tetamu jemputan.
Kedua-dua mempelai adalah kakitangan kerajaan dengan Puteri Hafizah – memiliki ijazah dalam bidang pentadbiran perniagaan – bekerja di Kementerian Kewangan, manakala suaminya di Pejabat Perdana MenteriSultan Hassanal Bolkiah juga bertindak sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan di negara kecil tetapi kaya itu. Baginda mempunyai 12 anak, termasuk lima lelaki, hasil tiga perkahwinan. 


~  myMetro  ~

No comments: