Saturday 22 September 2012

DATO SERI DIRAJA DR. ZAMBRY BIN HAJI ABDUL KADIR..... SATU NAMA UNTUK SELURUH RAKYAT PERAK


Seorang anak nelayan kepada pasangan Abdul Kadir bin Muhammad dan Saidatul Badru Abd Kader...
Lahir pada 22 Mac 1962 di Pulau Pangkor, Perak.
Seorang kanak-kanak yang cergas dan pintar seawal bersekolah di Sekolah Kebangsaan di Pangkor.....
Kemudian beliau menyambung pelajaran di Sitiawan... di dalam Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK). Sekarang sekolah tersebut dikenali sebagai SMAB ( Sekolah Menengah Ahmad Boestamam).


Oleh kerana ketangkasan beliau di padang ketika bermain bolasepak umpama 'Lipas Kudung' rakan-rakan pasukan beliau menggelarnya sebagai 'Pele Pangkor' yang merujuk kepada pemain bolasepak Pele dari Brazil yang sedang popular ketika itu.



Gambar Dato Seri Dr. Zambry (dalam kotak merah ) pada tahun 1979 bersama-sama kawan-kawan asrama sekolahnya di jeti Lumut, ketika menunggu feri untuk ke Pangkor. Ketika ini beliau berusia 17 tahun dan berada dalam Tingkatan 5 SMK, Sitiawan.

Beliau kemudian telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1987 dengan memperolehi kelulusan B Econs (Kepujian) dan pada tahun 1991 memperolehi kelulusan MA (Pemikiran Islam). 

Selepas itu pada tahun 1992, beliau bersama keluarganya telah berlepas ke Amerika Syarikat untuk beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Temple dalam bidang Falsafah Politik dan Perbandingan Agama sehingga tahun 1995 di mana pada tahun tersebut beliau telah memperolehi PhD (Pemikiran Politik). Selain daripada kelulusan-kelulusan tersebut, beliau juga meraih beberapa pencapaian yang bukan calang-calang iaitu Anugerah WAMY Konvokesyen Pertama UIAM (1987), Geran Penyelidikan Universiti Temple (1993) dan Kepujian PhD (1995).

TERNYATA kehebatan beliau bukan sekadar itu sahaja, beliau juga mengarang beberapa buah buku:
  • 1998  -  "Umno dan Jiwa Merdeka" 
  • 2000  -   "Pemuda Umno Menebus Maruah, Menuju Arah"
  • 2002  -   "Islam Malaysia dan Amerika" 
Difahamkan beliau pernah terlibat di dalam penerbitan sebagai penyunting di antaranya :
  • 1989  -  "Pendidikan dan Pembangunan" di Nurin Enterprise 
  • 1991  -  "Business Administration in Islam" oleh Hizbi  dan 
  • 1998  -  "Imbas Gemilang KBS 98" untuk Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama gadis pilihan hatinya yang berasal dari Kampung Sungai Tiram, Lekir, Sitiawan, Datin Seri Saripah binti Zulkifli dan dikurniakan 5 orang cahayamata yang terdiri dari 3 perempuan dan 2 lelaki.

Beliau mula menceburi politik ketika menjawat jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno Pangkor pada tahun 1992 dan seterusnya memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno Perak pada tahun yang sama. Beliau bertanggungjawab dalam memajukan infrastruktur teknologi maklumat  di negeri Perak ketika memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Multimedia dan Sumber Manusia selepas Pilihanraya Umum Malaysia tahun 2004. Semasa rombakan kecil pada September 2006, beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Inovasi, Sains dan Teknologi dan Pelajaran Tinggi dan menggunakan kuasanya bagi pembangunan selanjutnya ICT di Negeri Perak Darul Ridzuan yang bertuah ini.

Apa yang paling menggemparkan mengenai kerjaya politik beliau adalah apabila beliau telah ditahan dibawah ISA pada tahun 1998 kerana  telah mempertikaikan pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

Pada Pilihanraya Umum Malaysia tahun 2008 (PRU 12), di mana negara dikejutkan dengan tsunami politik dengan tumbangnya 5 buah negeri ke tangan pembangkang, Dato Seri Dr. Zambry telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Kawasan Pangkor (N52 Pangkor) dengan majoriti 5,785 undi, menewaskan calon dari parti  PKR, Pkhrazi @ Pakhrazi Muda yang memperolehi 5,121 undi. Jumlah undi yang diperolehi oleh beliau adalah 10.906 undi. 

Kerjaya sebagai Menteri Besar Perak bermula pada 6 Februari 2009 selepas 3 Adun dari Pakatan Rakyat  menjadi Adun Bebas iaitu selepas krisis Perlembagaan Perak pada tahun 2009.

Berikut dipaparkan kronologi Krisis Politik Perak Perak sebelum Dato Seri Dr. Zambry di lantik sebagai Menteri Besar Perak yang sah sehingga hari ini :
  •  17  Mac 2008  -  Mohammad Nizar Jamaluddin, ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Pasir Panjang, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.
  • 25  Jan 2009  -  ADUN Bota dari BN, Nasruddin Hashim mengistiharkan menyertai PKR.
  • 27  Jan 2009   -  ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering tidak dapat dihubungi.
  • 1 Februari 2009 -  Speaker DUN Perak, V Sivakumar berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu. Bagaimanapun kedua-dua ADUN tersebut nafi meletakkan jawatan.
  • 3 Februari 2009 - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan DUN Behrang serta tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan itu.
  • 4 Februari 2009 - Timbalan Perdana Menteri (ketika itu), Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BN Perak kini mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan apabila tiga ADUN dari PKR dan seorang ADUN dari DAP mengumumkan keluar parti dan menjadi Adun Bebas yang menyokong BN.  
  • 5 Februari 2009  -  Kenyataan media dari pejabat Sultan Perak menyatakan bahawa Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan menitahkan Mohammad Nizar serta Ahli Majlis Mesyuarat Negeri meletakkan jawatan dan sekiranya enggan maka jawatan mereka akan dianggap kosong.
  • 6 Februari 2009 -  Dr Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak Ke-11 menggantikan Mohammad Nizar Jamaluddin yang mula memegang jawatan berkenaan pada 17 Mac 2008.
Pahit maung sebagai Menteri Besar yang dilantik, cukup tabah dilalui oleh beliau.  Beliau difitnah dan ditohmah dengan pelbagai isu yang sengaja dibesar-besarkan oleh pihak Pakatan Rakyat demi untuk memalukan beliau dan memberi gambaran kepada rakyat bahawa beliau tidak layak memegang tampuk kepimpinan Negeri Perak.

Di antara fitnah yang beliau terima :
  • Isu ancak.... sehingga ianya bergema di Sidang DUN Perak. Walaupun Mufti Perak telah menjelaskan bahawa perbuatan itu bukanlah khurafat dan Nizar gagal menjelaskan maksud ancak ketika di minta  oleh beliau dalam dewan Sidang DUN Perak, tetapi pihak PR tetap memainkan isu tersebut dalam sessi jelajah ceramah mereka di seluruh negara.  Namun isu itu menjadi sepi kini.....

  • Isu Vale.... Seiringan dengan isu ancak, Dato Seri DiRaja Dr. Zambry juga difitnah mengenai tanah  di Teluk Rubiah, Manjung, yang kononnya di bawah pentadbiran beliau tanah tersebut telah dijual kepada pihak Vale dari Brazil untuk dijadikan tapak kilang besi. Pembinaan kilang tersebut menurut Pakatan Pembangkang telah merosakkan ekosistem dan hidupan laut yang mengakibatkan pendapatan nelayan dan penduduk tempatan terjejas. Malahan  mereka juga  mengatakan, kualiti udara di sekitar Manjung juga bakal tercemar.  




  • 'Hitam metalik'.....ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming telah menghina Dato Seri DiRaja sebagai 'hitam metalik' di dalam satu ceramah di Perak pada bulan November tahun lepas.




  • Dituduh dan difitnah sebagai pengganas oleh Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail melalui artikel di dalam Suara Keadilan bertajuk 'Zambry Disyaki Pengganas Gagal Masuk ke Amerika Syarikat' ketika beliau mengikuti rombongan bersama Perdana Menteri ke Amerika Syarikat.  Beliau kemudian memfailkan saman berjumlah RM 100 juta dan menang saman tersebut.



Hari ini, selain menjadi Menteri Besar Perak, beliau juga adalalah Ketua UMNO Bahagian Lumut.

Berucap di Perasmian Serentak Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Lumut Tahun 2012.



Di Majlis Jamuan Aidilfitri 2012 UMNO Bahagian Lumut 


Banner Salam Aidilfitri Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Lumut.



Datuk Seri DiRaja Dr. Zambry  bin Haji Abdul Kadir sedang menyampaikan sumbangan kepada warga kampung dalam majlis Ihya' Ramadhan yang lalu. Perhatikan gambar beliau dan isteri di kotak dan tin biskut sumbangan tersebut.



Ketika di dalam sidang DUN Perak... beliau tidak pernah gentar berhadapan dengan pihak pembangkang.



Ketika membantu mangsa kemalangan di Kuala Gula .


Tidur di lantai masjid hanya berlapikkan 'toto' mungkin sesuatu yang aneh buat seorang  kenamaan yang bergelar Menteri Besar.... tetapi tidak bagi Dato Seri DiRaja Dr. Zambry..... Menteri Besar berjiwa rakyat.


Bukan sekadar tidur di lantai beralaskan 'toto'.... meredah hujan lebat untuk menemui rakyat pun beliau tidak kekok langsung....



Jeng....jeng...jeng...!!!! Yang ini adalah gambar yang dirakam bersama penulis ketika kunjungan 
Dato Seri Dr. Zambry bersama isteri ke rumah penulis 2 tahun lepas. 

2 comments:

Kinta Menjerit said...

Apsal tutup mata tu akak

Bicara Perjuangan said...

Kang ramai lak yg terpikat... alaa..mcm lagu tu.... ~~~ dari kerana mata...yang mempunyaiiiiiiii...kuasaaaaaa.... hehehe