Friday 31 August 2012

KHALID GAGAP AKUI TIDAK JEMPUT SULTAN SELANGOR....!!!

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim



SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengakui kerajaan negeri tidak menjemput Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menghadiri program sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri yang berlangsung, malam tadi.
   
"Memang tak ada dalam program menjemput (Sultan). Memang biasa tiap-tiap tahun kita membuat cara ini, itu sahaja," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar bahawa Sultan Selangor dibelakangkan dalam acara sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Kemerdekaan di sini.
   



Beliau turut menafikan bahawa Sultan Sharafuddin murka dengan tindakan kerajaan negeri itu dan berkata Sultan Selangor telah diberi penjelasan mengenai perkara itu.
   
Abdul Khalid ditemui pemberita selepas majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 bersama rakyat yang dihadiri Sultan Selangor di Masjid Negeri di sini, hari ini.
  
Sementara itu, Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani ketika dihubungi berkata urusan menjemput Sultan bagi menghadiri sambutan ulang tahun kemerdekaan peringkat negeri merupakan amalan biasa yang dilaksanakan kerajaan negeri sebelum ini.
  
"Sebelum ini, sambutan (ulang tahun kemerdekaan anjuran kerajaan negeri) memang dimaklumkan oleh kerajaan negeri kepada baginda termasuk daripada segi jemputan, ia satu formaliti.
   
"Namun, terpulang kepada budi bicara baginda sama ada hadir atau tidak pada majlis itu," katanya.
   
Sementara itu, Ketua Penerangan Umno negeri Abdul Shukor Idrus pula mempersoalkan tindakan kerajaan negeri menjemput pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Ekonomi Selangor sebagai tetamu utama, pada majlis itu.
   
Beliau berkata tindakan sedemikian dilihat tidak wajar kerana jawatan Penasihat Ekonomi Selangor adalah jawatan politik yang diwujudkan pentadbiran kerajaan negeri dan tidak terkandung dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.
   
"Apakah kerajaan negeri mahu menggunakan sambutan yang dibiayai kerajaan negeri untuk kepentingan politik. Jika benar demikian, ia satu tindakan yang tidak bertanggungjawab selain menghina institusi Kesultanan Selangor," katanya.
  
Pada masa sama, Abdul Shukor yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Kuang menggesa supaya menteri besar dan barisan exco mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor termasuk seluruh rakyat Selangor atas tindakan itu.
   
Di KOTA BHARU, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata ada pihak mendakwa ia satu mesej daripada segelintir pemimpin dalam pakatan pembangkang yang cuba menidakkan peranan institusi diraja atas nama demokrasi. - Bernama

No comments: