Rafizi Ramli nampaknya nak bermain dengan persepsi rakyat terhadap ketelusan kerajaan pimpinan PM Datuk Seri Najib Razak . Kononnya tiada tender terbuka . Setahu aku , Prasarana ialah syarikat milik penuh kerajaan ditubuhkan melalui Kementerian Kewangan dan kerajaan berhak melantik mana2 syarikat yang dirasakan berhak. Melalui laporan Business Times yang dikeluarkan pada 22 June 2012 , sebuah konsortium yang diketuai oleh George Kent Berhad diwar-warkan akan memperoleh kontrak pembinaan 'extension' LRT Ampang. Syarikat - syarikat dalam konsortium ini ialah George Kent Berhad , China Railway Construction Corp, dan Tewet GmbH .
Melalui laporan Business Times, 8 kumpulan konsortium dikatakan telah membida untuk projek ini iaitu ;
1. George Kent - China Railway - Tewet GmbH
2. Posco - Sojitz - Daewoo International - Thales
3. Invensys - Balfour Beatty Rail - Ingress
4. Colas - CMC Engineering - Thales
5. Samsung - LG - Thales
6. SNC Lavalin - WW Engineering - Bombardier
7. Siemens - SCOMI Engineering
8. Ansaldo - Emrail - Leighton
Business Times sebelum ini pernah melaporkan bahawa Konsortium George Kent mungkin akan memperoleh bidaan ini pada July 2011 . Tapi awal tahun 2012 pula , ada ura-ura pulak mengatakan Konsortium Posco akan dapat tender ni. Lepas tu , Konsortium Invensys pula diwar-warkan akan memperoleh tender ni . Banyak sangat ura-ura . Tapi benarkah dakwaan Rafizi yang mengatakan tender tak dilakukan secara terbuka? Rafizi melampirkaan satu surat setuju terima yang dialamatkan kepada Perdana Menteri mencadangkan Konsortium PDA (Posco - Daewoo ? ) sebagai kontraktor projek .
Pendapat aku , Datuk Seri Najib mungkin meminta penilaian dilakukan semula oleh Prasara terhadap syarikat2 pembida kerana ini melibatkan projek yang sangat besar . Kalau tak , takde lah ura2 yang mengatakan George Kent akan dapat projek ni sejak tahun lepas lagi, kemudian ura-ura konsortium Posco - Daewoo , kemudian Inversys . Dan dalam Business Times sendiri menyebut Syarikat Prasarana Negara meminta pembida2 melanjutkan tempoh sah tawaran mereka hingga 27 July 2012 . Jadi ia masih tender terbuka . Persoalan sekarang ialah bagaimana proses penilaian tender yang dilakukan oleh Syarikat Prasarana Negara baik dari segi komersil dan teknikal .
Kalau melihat latar belakang syarikat2 yang membida projek ni aku rasa masing2 takde masalah dari segi teknikal . Cuma mungkin masing2 bersaing dari segi harga atau pakej yang paling menarik untuk ditawarkan . Apa pun dalam setiap tender, pasti akan ada klausa yang menyebut pemberian tak tertakluk pada harga tawaran yang paling rendah. Jadi kerajaan berhak memberikan tender berkenaan kepada syarikat yang dirasakan dapat memberikan pakej yang lebih baik walaupun harga yang ditawarkan bukan paling rendah.
Sekarang ni aku syak (syak je bukan tuduh) , ada orang yang berkepentingan dah 'kowtim' siap2 dengan Konsortium PDA ni (orang Prasarana ke? aku tanya je ni..keh keh keh), sekali sampai kat tangan Datuk Seri Najib disuruh tender tu dinilaikan semula . Apa lagi, maka hangin lah satu badan (mungkin sebab 'plan' nak sauk duit terbantut) sampai dibocorkan segala maklumat yang sepatutnya dirahsiakan ni kepada si Rafizi .Balas dendam kaedahnya.. Senang cerita, tak lama lagi isu yang ditimbulkan ini bakal 'backfire' balik gerombolan Pakatan Haram. Come on lah.. tender evaluation for construction project is very subjective , there are lot of consideration to be made . Apa nak heran kalau Konsortium George Kent akan dapat projek ni , sebab sejak awal lagi Konsortium ni yang dikatakan akan berjaya dalam bidaan. (sumber) . Dalam laporan ni mengatakan George Kent ialah second lowest bidder . Posco Daewoo tak tersenarai dalam 4 pembida yang terendah ~ SUMBER
No comments:
Post a Comment