Monday 25 June 2012

JAMBATAN KE-2 PULAU PINANG ADALAH PROJEK BARISAN NASIONAL!!!


 
Jambatan kedua Pulau Pinang akan menjadi yang terpanjang di dunia selain yang pertama menggunakan teknologi mampu menyerap gegaran gempa, kata Pengurus Bahagian Pembinaan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), Zulkipli Nasri.



Beliau berkata produk penahan gempa tersebut dikenali sebagai Galas Getah Redaman Tinggi (HDRB) melalui penggunaan sistem pengasingan seismik yang berkesan berupaya melindungi struktur jambatan daripada kerosakan jika terjadi gempa bumi

HRDB itu adalah produk yang direkabentuk oleh Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak (TARRC) di United Kingdom, sebuah makmal milik Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Beliau berkata produk itu yang dihasilkan sepenuhnya di dalam negara dipasang pada setiap dek jambatan itu adalah peralatan inovatif melindungi bukan sahaja struktur tetapi juga isi kandungan dalam struktur.


Jambatan kedua tersebut berharga RM4.5 bilion sejauh 23.5 km dengan 16.9km struktur marin dibina bersama oleh UEM Builders Bhd dan CHEC Pembinaan (M) Sdn Bhd mulai tahun 2008 dijangka siap sepenuhnya pada September 2013.

Sehingga ke hari ini kerja pembinaan jambatan telah 79.5 peratus siap dan pihaknya menyasarkan struktur jambatan dapat disiapkan pada akhir bulan Mac 2013.

 
Kawasan R&R itu dibina di Batu Kawan dan tidak di atas jambatan seperti mulanya dirancang kerana ianya melibatkan kos yang tinggi, selain membabitkan ciri-ciri keselamatan pengguna

"Banyak pihak terutamanya yang berkaitan keselamatan membantah pembinaan R&R di atas jambatan kerana selain isu keselamatan ia juga boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas,"



FAKTA MENARIK MENGENAI JAMBATAN KE-2 INI :

  • Menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Batu Maung di Pulau Pinang.
  • Jambatan ini menelan kos kurang RM 4.5 bilion.
  • Usaha sama antara China Harbour Engineering Company Ltd dan UEM Builders Bhd, yang bermula pada 2008.
  • Mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan bakal menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.
  • Empat lorong dengan dua lorong motosikal akan dibina di atas jambatan ini.
  • Panjang jambatan ini ialah 24 km (15 batu). 17 km (10 batu) daripada jambatan ini akan merentasi Selat Selatan, selat yang menghubungkan Pulau dan Seberang Perai.
  • 1.5 km (1 batu) akan berada di kawasan Batu Maung, sementara 6 km (3 batu) akan berada di kawasan Batu Kawan.
  • Enam persimpangan lebuh raya akan dibina dalam projek ini.
  • Mempunyai dua platform yang meliputi kawasan perkhidmatan & rehat di persimpangan tengah.
  • Ia direka seakan-akan menyerupai mutiara.

*** DAP jangan pulak perasan itu projek sendiri ekkkk.....

No comments: