Thursday, 28 June 2012

ISMAIL SABRI BUKA PINTU HATI SHARIFAH AINI UNTUK MENDAFTAR DENGAN SPR


Kata seorang kawan, 'better late than never'.... mungkin kerana itulah walaupun usia sudah dianggap sebagai warga emas, tetapi itu bukan halangan buat biduanita negara, Datuk Sharifah Aini untuk mendaftar sebagai pemilih bagi membolehkannya mengundi dalam pilihanraya kelak.

Semalam, Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini menarik perhatian para pengunjung di Pejabat Pos Besar Shah Alam di sini hari ini, apabila beliau hadir mendaftarkan diri sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut beliau, langkahnya mendaftarkan diri sebagai pemilih kerana menyedari ini adalah masa paling tepat untuk menggunakan hak sivil sebagai warganegara bagi memilih kerajaan yang memperjuangkan hak anak seni sepertinya.

"Sebenarnya saya berasa malu dan bersalah kerana baru sekarang mendaftar sebagai pengundi.

"Namun hasil kesedaran yang diberi oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dua hari lalu (semasa Hari Perhimpunan Bintang 2012 anjuran akhbar Kosmo! dengan kerjasama Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menyebabkan saya hadir hari ini untuk mendaftar," katanya kepada pemberita.

Sharifah Aini berkata, seramai 50 rakan dan peminat tegar beliau juga turut mengambil langkah yang sama apabila mendaftar sebagai pengundi hari ini di beberapa lokasi seperti Gombak, Petaling Jaya termasuk Shah Alam.

"Kepada rakan seperjuangan yang belum mendaftar, daftarlah segera kerana setiap satu undi mampu merubah sesuatu keputusan pilihan raya dan masa depan negara.

Beliau turut menyatakan bahawa beliau akan mengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya.  Diharapkan lebih ramai peminat biduanita negara ini yang belum lagi mendaftar akan segera berbuat demikian..... Undi adalah rahsia dan hak individu tetapi ....Mudah2an undi anda semua akan membantu BN menakhluki semula Negeri Selangor.

No comments: