Sunday 24 June 2012

ISLAM BAKAL TERANCAM ANGKARA NEGARA BERKEBAJIKAN PAS




Dasar Berkebajikan PAS dibimbangi bakal ancam Islam kata Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman kerana PAS terpaksa menyesuaikan partinya dengan dua parti liberal dan sekular dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu DAP dan PKR.
“Mereka adalah parti-parti sekular, mereka membawa ideologi sosialis..bila PAS bersama di dalam pakatan ini, maka PAS perlu memberi justifikasi Islam kepada penglibatan tersebut.
“Sebab PAS bersetuju dengan Buku Jingga..akhirnya Buku Jingga lah akan menjadi manifesto kepada Pakatan Rakyat,”katanya.
Abdullah Zaik berkata demikian ketika menjadi panel program Dalam Radar Khas yang bertajuk ‘Malaysia Negara Berkebajikan, Dasar Baharu atau Amalan Sedia Ada’ anjuran Bernama Radio 24 di Wisma Bernama, 21 Jun.
Selain itu, dua orang lagi ahli panel juga turut serta, mereka adalah Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan dan Dr Fadlan Othman, Pengerusi Ulama Muda UMNO.

No comments: