Duduk dalam keadaan santai , dikelilingi orang ramai , sambil dipelawa minum kopi oleh seorang wanita dan seekor anjing dibelakang kakinya . Itu lah gambar potret yang dilukis oleh seorang artist Margaret Sutherland .
Potret yang dinamakan Emperor Haute Couture itu menjadikan Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper sebagai 'watak' utama. Potret sepanjang lima kaki itu dipamerkan pada awal June semasa ulangtahun Kingston Arts Council . Potret itu dinilai dengan harga $5,000.
Ini lah yang berlaku kalau negara dah terlalu 'bebas' sehingga pemimpin sendiri pun di'malu' kan . Walaupun ada beberapa reaksi kecewa dilontarkan, namun tiada tindakan undang2 dikenakan kepada pelukis potret . Mungkin kerana inilah yang anggap sebagai 'kebebasan' bersuara. Adakah ini kebebasan sebegini yang dilaung-laungkan oleh pemimpin Pakatan ? Bila mereka berkuasa nanti, mungkin ini kebebasan yang mereka mahu berikan dan janjikan pada rakyat? Bayangkan potret2 pemimpin Pakatan dilukis sebegini, siapa yang bakal jadi mangsa ? Nik Aziz, Lim Kit Siang atau Anwar sendiri ? BIDAMAN
No comments:
Post a Comment